Farah Nabila terpaksa berkorban?

PETALING JAYA : Status sebagai isteri dan ibu membuatkan pelakon, Farah Nabilah,29, mengambil pendekatan untuk membataskan pergerakan keluar masuk rumah biarpun pelbagai sektor sudah mula beroperasi kembali.

Tegas Farah, apatah lagi dia mempunyai anak kecil, Andre Omar yang tidak mendapat sebarang suntikan vaksin COVID-19. 

Biarpun rindu kembali beraksi di lensa kamera, Farah ‘berkorban’ mengenepikan keinginan berlakon buat seketika demi keselamatan dan kesihatan anak lelakinya itu.

“Walaupun sudah lengkap dua dos vaksin, saya memilih untuk duduk di rumah saja. Ini kerana saya mempunyai anak kecil dan adik yang lebih berisiko untuk dijangkiti.

“Mereka adalah golongan yang tidak dapat melindungi diri dengan vaksinasi, jadi saya selesa mengambil langkah berhati-hati dengan kekal duduk di rumah,” kata Farah. 

Terdahulu, Farah berkongsi mengenai kepentingan vaksin COVID-19 menerusi sesi Instagram Live Amal bersama rakan selebriti Nona Roguy (NR), NR4FRIDAYS.

Justeru, Farah berharap, semoga program NR4FRIDAYS berkaitan kepentingan menjaga kesihatan semasa pandemik ini dapat memberi kesedaran betapa penting bagi masyarakat umum mengambil vaksin bagi membantu negara bebas COVID-19.

Program Instagram Live Amal NR4FRIDAYS itu turut berkongsi dan menyentuh pelbagai isu berkaitan kepentingan menjaga kesihatan fizikal dan mental semasa tempoh kawalan kendiri ketika COVID-19 melanda negara.

Selain itu, ia turut memberi peluang untuk orang ramai berinteraksi bagi mengupas dan membuat perkongsian ilmiah mengenai COVID-19.

Farah turut membuat perkongsian bersama petugas barisan hadapan berkaitan stigma masyarakat berkaitan pesakit COVID-19.

Author

Share