Ibu arwah Abam Bocey meninggal dunia


PETALING JAYA : Pelawak dan pelakon, Achey Bocey berkongsi khabar duka memaklumkan ibu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Sabariah Arshad, 64, menghembuskan nafas sebentar tadi.

Terdahulu, adik kepada Allahyarham Abam, Ali, 32, atau pemilik nama penuh, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan sebelum ini, berkongsi, ibunya masih ‘ditidurkan’ dan memerlukan bantuan pernafasan.

“Malam Jumaat pemergian mu mak @aliputeh_official. 

“Moga mak tenang di sana. Moga bertemu dengan anakmu #abam tercinta di syurga insyaAllah,” luah Achey.

Malah, isterinya Anne turut berkongsi perkhabaran duka itu di Instagramnya.

Hantaran mereka menerima ucapan takziah dari rakan artis serta peminat kepada Ali dan keluarganya.

Pada 17 Disember lalu, Allahyarham Sabariah dimasukkan ke Hospital Selayang kerana serangan asma.

Author

Share