Tajul beli jiwa isteri dengan ….

PETALING JAYA: Penyanyi, Tajul telah berkongsikan kepada peminat bahawa bakal menghadiahkan isterinya Nurul Shamieza Eddie sebuah kereta mewah idamanya.

Penyanyi ini juga telah berkongsikan gambar belakang kereta mewah berjenama jenis Mercedes A 45 tersebut menerusi hantaran terbaru di Instagram miliknya.

“Seksi betul belakang Tajul ni, cuba anda teka kereta apa? #malamsemakindingin,” tulis Tajul.

Menurut Tajul, isterinya sudah lama berhasrat untuk memiliki kereta tersebut dan demi menjaga hati isteri tercinta, Tajul memutuskan untuk menjadikan impian isterinya nyata.

Difahamkan kereta tersebut dianggarkan bernilai RM 300 000.

“Lama dah isteri Tajul tunjuk kereta ni, minat betul dia.

“Ada satu hari tu dia tak ada mood, Tajul ajak dia pergi tinjau kereta ni, kemudian terus muka ada senyum

“Senang betul nak pujuk orang perempuan ni kan, bawak pergi kedai kereta tak beli lagi pun dah seronok,” kata Tajul.

Tajul juga meminta agar peminatnya mendoakan agar proses untuk dapatkan kereta ini berjalan dengan lancar.

“InsyaAllah anda doakan @icaaeddie dapat keluar kereta ni dengan usaha dia sendiri tak lama lagi ok, saya selalu ada untuk awak isteriku, luah Tajul.

Author

Share