King Coco akhirnya buka mulut soal hubungan dengan Caprice?

PETALING JAYA : Selebriti media sosial, King Coco yang dijodohkan dengan penyanyi rap, Caprise oleh wargamaya membuka mulut mengenai hubungan mereka.

King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail,24,  menegaskan tiada sebarang istimewa Caprice. Jelasnya, Caprice bukan pilihannya untuk dijadikan teman lelaki.

“Saya dan Caprice tidak bercinta serta tiada hubungan istimewa. Saya berharap semua pihak sudah boleh berhenti bertanya mengenai perkara ini. 

“Ini kerana saya hanya mahukan awak seorang saja. Caprice saya tidak mahu..Janji!

“Janganlah tanya saya dengan Caprice macam-macam soalan ye, tak mahu,” katanya menerusi hantaran di Instagram Stories.

King Coco membuat pencerahan mengenai hubungannya bersama Caprice ketika sedang bercuti sakan di Langkawi, Kedah.

Sebelum ini, Coco tampil bertemu dengan Caprice selepas gurauan penyanyi rap itu tular. Dalam pertemuan tersebut, kedua-duanya menyahut cabaran membaca buku cerita dengan pelat masing-masing.

Menerusi perkongsian yang sama, King Coco turut berkongsi kriteria lelaki idamannya.

“Saya tidak adalah maksudkan lelaki budiman itu sampai ke tahap yang kena buka pintu kereta atau setiap kali berjumpa kena bagi bunga atau pun tarik kerusi.

“Ya awak boleh saja lakukan perkara-perkara itu kalau awak nak. Tapi bagi saya lelaki yang budiman ini adalah mereka yang menghormati wanita.

“Selain itu, lelaki mesti tahu batas pergaulan antara pasangan kekasih dan dalam masa sama menghargai. Tapi entahlah saya masih belum jumpa,” ujarnya.

Untuk rekod, Coco pernah mendirikan rumah tangga dengan Azrin Anas Abdul Shukor pada 2017 namun memaklumkan mereka sudah bercerai.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak iaitu Putra Kyle Mateen dan Putra Muhammad Haqeem.

Author

Share