Serbuan dadah: Pelakon 29 tahun drama sepak takraw didakwa ditahan polis?

KUALA KANGSAR: Tular dakwaan seorang pelakon bersama pengarah dan penolong pengarah didakwa ditahan oleh pihak polis dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar pada pagi Ahad.

Menurut laporan beberapa media tempatan, serbuan dilakukan oleh anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar kira-kira jam 7.15 pagi itu telah berjaya menahan tiga individu yang disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Semasa serbuan dijalankan, kesemua mereka berada di dalam bilik masing-masing.

Seorang pelakon berusia 29 tahun ditahan bersama seorang pengarah berusia 49 tahun, dan penolong pengarah berusia 47 tahun dan hasil saringan awal air kencing yang dijalankan keatas pelakon dan pengarah didapati positif dadah jenis Tetra Hydrocannibol manakala penolong pengarah pula didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Berikutan itu tular gambar ketiga-tiga mereka yang disyaki terlibat dalam serbuan tersebut dan seorang nama pelakon yang membintangi drama berkaitan sepak takraw telah didakwa dan menjadi sebutan sebagai individu yang ditahan oleh pihak polis.

Pelakon berkenaan juga sebelum ini dilaporkan putus cinta dan tidak jadi berkahwin dengan seorang pelakon wanita yang berasal dari Negeri Bawah Bayu.

Terkini Muhamad Niezam Mohd Zaidi, 28; pengarah, Mohd Latiff Zami, 49; dan penolong pengarah, Saiful Zaidrin Ismail, 46, mengaku bersalah di atas pertuduhan memiliki dadah, pada Ahad lalu.

Menurut pertuduhan,Niezam didapati memiliki 1.15 gram dadah berbahaya jenis Cannabis di rumah di Taman Chandan Putri, di sini, 7.15 pagi, 10 Oktober lalu.

Sementara Mohd Latiff dan Saiful Zaidrin masing-masing didapati memiliki 0.3 gram dadah jenis Cannabis dan 0.38 gram Methamphetamine di lokasi yang sama.

Majistret menetapkan jaminan RM3,000 kepada Muhamad Niezam, RM2,600 kepada Mohd Latiff dan RM3,200 kepada Saiful Zaidrin yang masing-masing dengan seorang penjamin.

Author

Share