Syafie Naswip sangkal tuduhan tangkapan dadah

PETALING JAYA: Pelakon, Syafie Naswip menegaskan bahawa dirinya telah menjadi mangsa fitnah dan tohmahan oleh sesetengah pihak tanpa sebarang bukti yang berasas.

Syafie mendakwa dirinya telah dikaitkan dengan isu tangkapan seorang pelakon yang membabitkan pengunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar, Perak.

Ekoran itu, ramai yang menyangka bahawa pelakon tersebut adalah dirinya kerana berada di kawasan yang sama pada hari kejadian.

“Salam semua, ramai yang DM tanya adakah individu itu adalah saya, sejak saya penggambaran di kuala kangsar baru-baru ini, jawapannya tidak,” tulis Syafie Naswip.

Menurut Syafie, dia menafikan tuduhan berkenaan dan mendakwa ia adalah fitnah kerana, meskipun terlihat sama namun ada beberapa penglibatan produksi filem lain yang turut sama melakukan penggambaran disitu.

“Ada beberapa produksi drama lain yang turut penggambaran di sana, moga dijauhkan daripada fitnah seperti ini lagi,” kata Syafie.

Difahamkan selain pelakon lelaki berusia 29 tahun itu, turut sama ditahan adalah pengarah dan penolong pengarah yang masing-masing berusia 49 dan 47 tahun. 

Serbuan dilakukan oleh anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar kira-kira jam 7.15 pagi itu telah berjaya menahan tiga individu yang disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Hasil saringan awal air kencing yang dijalankan keatas pelakon dan pengarah didapati positif dadah jenis Tetra Hydrocannibol manakala penolong pengarah pula didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Semasa serbuan dijalankan, kesemua mereka berada di dalam bilik masing-masing.

Ketiga-ketiga mereka dilaporkan disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Author

Share