Baim Wong teruja kelahiran anak kedua

PETALING JAYA: Pelakon Indonesia, Baim Wong telah berkongsikan khabar gembira buat peminatnya apabila telah menerima anak kedua baru ini.

Berita gembira tersebut telah dikongsikan oleh Baim menerusi hantaran di Instagram dan meluahkan rasa syukur kerana isterinya Paula Verhoeven selamat melahirkan anak lelaki keduanya.

Menurut Baim, anak keduanya itu telah diberi nama Kenzo Eldrago Wong, dan telah selamat dilahirkan pada 9 Oktober yang lalu.

Isterinya Paula Verhoeven telah selamat melahirkan anak keduanya itu di sebuah hospital di Manteng, Jakarta.

Ini yang benar, adiknya Kiano Tiger Wong, Kenzo Eldrago Wong @kenzoeldragowong,’ tulis Baim.

Tambah Baim lagi, anak keduanya itu kini berada dalam keadaan sihat dan meskipun baru saja lahir namun anaknya itu memiliki saiz badan yang sedikit berbeza berbanding dengan abangnya iaitu Kiano sewaktu lahir.


“Alhamdulilah sihat berat 3,780 kilogram, panjangnya 53 sentimeter (tinggi sangat), berbeza 3 cm lebih tinggi dari abangnya Kiano,” ujar Baim.

Lantaran itu, pelakon ini meminta agar peminatnya mendoakan kesejahteraan anak keduanya itu, semoga membesar dengan sihat.


“Doakan sihat ya #masyaallahtabarakallah,” luah Baim Wong.

Author

Share