Memey dan Abby rancang warna sama untuk percutian keluarga

“Hampir dua tahun tidak nampak memo begini (ini pun ternampak dalam telefon isteri) terkejut pun ada juga kerana otak sebab sudah lama tidak berbincang atau proses mengenai bab ini.

“Tidak sampai 24 jam pengumuman, laju betul mereka membuat perancangan. Nampak macam sampai ke hujung tahun saja. Tak larat nak baca habis. Bab ni memang tabik kepada kaum hawa memang efisyen.

“Jadi anak-anak, sila ambil perhatian warna-warna pelangi yang diperlukan ketika percutian nanti supaya tak terkejut apabila memo rasmi ini keluar nanti. Tak lama lagi”.

Demikian perkongsian pelakon, Norman Hakim perancangan bercuti bersama keluarganya setelah kerajaan melonggarkan undang-udang dan membenarkan orang ramai merentas negeri.

Norman, 47, berkongsi paparan perbualan isterinya, Memey Suhaiza bersama bekas isteri, Abby Abadi yang meluahkan keterujaan sambil merancang percutian menerusi aplikasi Whatsapp.

Baik Memey mahu pun Abby berbincang untuk mengenakan baju yang sama warna untuk keluarga mereka sepanjang percutian itu nanti.

Norman dan Memey mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 8, Muhammad Dikhriz Hakim, 6 dan Mikayla Delisha Hakim, 3.

Terdahulu, Norman pernah berkahwin dengan pelakon dan penyanyi Abby Abadi pada 2002 namun bercerai pada 2009. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 18, Marissa Dania Hakim, 16, dan Danisha Hakim, 13.

Author

Share