Man Raja Lawak sengaja naikkan berat badan kembali?

PETALING JAYA : Berat badan pelawak, Man Raja Lawak kini mencecah 91 kilogram apabila dia menambah pemakanan dalam jumlah yang lebih besar berbanding dulu.

Jelas Man, tindakannya itu adalah bagi membuktikan dirinya tidak menjalani pembedahan memotong usus atau bariatric seperti yang didakwa oleh segelintir pihak.

Menepis dakwaan yang dilemparkan dengan mengambil pendekatan menaikkan berat badan kembali, Man memuat naik foto terkini dengan perut yang lebih besar.

“Terkini, 11 Oktober, Isnin..berat abang 91kg..sebulan juga abang hentam makan kaw-kaw tak jaga semata-mata nak buktikan abang tak potong usus..

“Mustahillah usus boleh panjang balik dalam masa sebulan kan?” katanya.

Man berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Man memuat naik foto terbaharunya dengan perut yang sedikit buncit. 

Man berharap sekiranya dia kurus kembali, tiada lagi yang menuduhnya selama ini kurus kerana mengambil barang terlarang atau mempunyai penyakit kencing manis.

“Lepas ni kalau abang kurus cepat jangan lak cakap abang ambil barang atau kene penyakit kencing manis…,” tegasnya.

Terdahulu, Man berjaya menurunkan berat badan hampir 15 kilogram dan mengejutkan ramai pihak dengan penampilan terbarunya itu.

Author

Share