Elly Mazlein pilih nama Haider Mateen buat cahaya mata kedua

PETALING JAYA : Pengacara dan pelakon,Elly Mazlein selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Haider Mateen di sebuah pusat perubatab di Sri Kembangan, Selangor, pagi tadi. 

Elly, 41, atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berkata, memaklumkan dia dan bayi lelaki berada dalam keadaan sihat. 

“Terima kasih atas segala doa. Alhamdulillah saya selamat bersalin awal pagi hari ini, jam 12.23 pagi. Saya dan Haider dalam keadaan sihat.

“Alhamdulillah kita ada orang baru. Bertambah seorang lagi dalam keluarga comel kita. Alhamdulillah syukur Ya Allah.

“Terima kasih abah, suami dan anak, Putri Sara Sefhia sudah jaga mama sepanjang mengandung hingga bersalin.

“Suami, Umi dan jururawat membaca surah Yasin, bagi ayat memudahkan bersalin dan doakan saya agar proses bersalin berjalan lancar dan dipermudahkan. Memang Allah permudahkan. Syukur,” katanya.

Elly juga pelakon drama Kampung People menerusi hantaran di Instagram turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada doktor dan jururawat tempatnya bersalin.

Ruangan komen perkongsian gembira itu di Instagram sebentar tadi dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan juga wargamaya. 

“Buat pasukan Hospital Andora khusus buat Dr Khamsiah, Dr Mariam, doktor yang pernah periksa saya dan jururawat, terima kasih. Memang hebat layanan diberikan. Rasa terharu malam tadi sebelum bersalin,” katanya.

Elly dan suami, Mohamad Azlan Che Nur yang juga seorang guru mendirikan rumah tangga pada Januari 2020.

Author

Share