Aksi menari Que Haidar bersama anak tarik perhatian ramai?

PETALING JAYA: Gara-gara berkongsikan video menari bersama anaknya, pelakon Que Haidar telah mencuri dan mengundang perhatian netizen di media sosial baru ini.

Perkongsian tersebut telah dibuat olehnya menerusi aplikasi Tik Tok apabila telah menari bersama anak perempuan sulung Tengku Ratu Haidar, 11.

Tengku Ratu Haidar.

Melihat perkongsian tersebut, ia telah menarik perhatian netizen kerana tidak menyangka anak pelakon filem “Rock Oo” tersebut telah membesar dengan cepat, malah ada yang terpukau melihat wajah anaknya kerana semakin jelita dan persis akan wajah isterinya Linda.

Que Haidar yang menulis kapsyen “Ops! I did it again.”

@quehaidar

Ops! I did it again… ##messedup ##always ##hahahaha

♬ Savage Love (Laxed – Siren Beat) (BTS Remix) – Jawsh 685 & Jason Derulo & BTS

Apa yang Waawnya, netizen mendakwa aksi dan telatah Que bersama anaknya Ratu itu dilihat melucukan, malah ada yang berpendapat bahawa mereka seakan-akan seperti adik dan abang kerana wajah Que dilihat muda meskipun umurnya sudah menjangkau 42 tahun.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengagumi kecantikan dan keayuan wajah anaknya itu kerana dilihat seperti “Barbie doll”.

“lawanya anak dia, macam mak dia dah mukanya

“Tengku Ratu ni, sepadan dengan namanya macam ratu

“Makin besar, makin cantik weyh

“Sempoy je ayah dengan anak, macam adik dan abang dah,” komen pengikutnya.

Sedikit makluman, Que Haidar telah berkahwin dengan Linda Jasmin pada sekitar tahun 2009 dan hasil perkahwinan ini, mereka telah dikurniakan dua anak perempuan Tengku Ratu Haidar 11 dan Tengku Cleopatra Haidar 9. Manakala, abangnya Qalif Khan, 21, hasil perkahwinan Linda yang terdahulu.

Author

Share