Bitter Sweet bubar selepas 17 tahun?

PETALING JAYA: Setelah 17 tahun berada dalam arena industri muzik “Underground”, akhirnya kumpulan Bitter Sweet telah mengumumkan pembubaran mereka secara rasmi baru ini.

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh salah seorang anggota kumpulan tersebut bernama Herri Hamid menerusi akaun Instagramnya pada 24 Oktober lalu.

Herri Hamid pengasas kumpulan Bitter Sweet

Kumpulan yang popular menerusi lagu “Kucing Hitam” ini memilih tarikh 24 Oktober sebagai tarikh pembubaran kerana bersempena dengan hari kelahiran Herri yang merupakan pengasas bagi kumpulan ini.

“bismillāhirraḥmānirraḥīm, assalamualaikum 24 october 2021 pengumuman pembubaran kumpulan bittersweet. (btswt) 2004-2021.

“Alhamdullilah 17 tahun bukanlah sekejap untuk dihitung. Jika dikira ukur waktu,ia sudah cukup matang sebagai seorang insan.

“Tapi apakan daya,kita hanya mampu merancang, hanya Dia yang menentukan. Hari ini, di hari kelahiran saya yg ke-39,

“Saya sebagai pengasas band bittersweet @bittersweetbeat (BTSWT) mengambil keputusan untuk berhenti berjuang sebagai sebuah kumpulan,” luahan Herri.

Difahamkan, meskipun perit buatnya untuk membuat keputusan ini, namun setiap ahli kumpulan telah bersetuju demi meneruskan kelangsungan hidup masing-masing dikala Pandemik ini.


“Sudah tiba waktunya, untuk kami semua, tidak kira line up baru atau lama, untuk meneruskan kelansungan hidup masing-masing tanpa terikat dengan BTSWT.

“Jatuh bangun saya bersama BTSWT, takkan saya lupakan. Semua perjalanan dan pengalaman pahit dan manis yang tak dapat diluahkan selama 17 tahun.

Akui sedikit sedih dan berat dengan keputusan ini, namun Herri menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang perjalanan karier kumpulan Bitter Sweet ini sejak daripada tahun 2004.


“Terima kasih kepada anda semua,tidak kira sesiapa yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung, managers, organisers, pengarah video , designers, engineers, penaja dan fans terutamannya, yang selalu mendukung perjalanan BTSWT selama ini.

“Tiada kata yang mampu saya ucapkan untuk anda semua, saya memohon maaf atas semua kesalahan dari diri saya kepada semua yang pernah berkhidmat dengan btswt.

Insyaallah suatu masa nanti saya akan meneruskan minat saya dalam muzik dan scene, teruskan menyokong muzik Malaysia,” perkongsian Herri.

Author

Share