Harith Iskander didakwa berat sebelah isu Sajjad?


PETALING JAYA : Pelawak dan pengacara, Harith Iskander menegaskan dia tidak menyebelahi sesiapa menerusi program What’s Going On Malaysia kelolaannya itu.

Mengambil usahawan kosmetik sensasi, Muhammad Sajjad sebagai tetamu program berkenaan, Harith menjelaskan tidak memihak kepada sesiapa dan menyerahkan kepada orang ramai unuk membuat penilaian tersendiri. 

“Seperti yang saya katakan malam tadi, Sajjad hanyalah manusia biasa. Dia mengaku tidak sempurna tetapi nampaknya orang-orang yang menghentam dan hina dia ‘lebih sempurna’ daripada dia.

“Ada pepatah yang berkata, ‘People who live in glass houses should not throw stones’. Saya di sini bukan untuk menyebelahi dia atau sesiapa sebab saya bukan hakim. What’s Going On Malaysia is my personal avenue to speak to people and hear their point of views and opinions.

“Anda tidak perlu percaya atau bersetuju dengan apa yang Sajjad ceritakan tapi sekurang-kurangnya kita mendengar dari mulutnya sendiri. Jangan keruhkan keadaan dengan menghentam di atas apa-apa isu yang timbul,” katanya. 

Muhammad Sajjad menerusi temu bualnya dengan Harith telah menceritakan kronologi yang berlaku sehingga dia mengambil tindakan melarikan diri ke luar negara.

Terdahulu, bekas pengurus usahawan sensasi iaitu Nurnilam Sari berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelawak dan pengacara, Harith Iskander yang didakwa berat sebelah ketika sesi temu bual secara langsung di Facebook. 

Menurut Nurnilam, program berkenaan yang menampilkan Sajat selaku tetamu undangan menampilkan kandungan yang tidak adil sehingga boleh mencemarkan maruah dan reputasi. 

Menerusi beberapa hantaran di laman sosial Facebook, Nurnilam Sari kesal dengan tindakan Harith sebagai hos yang membenarkan orang bersalah bercakap berhubung kes penipuan yang telah diadili di mahkamah.

“Saya berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang pada Harith Iskander kerana membenarkan orang bersalah bercakap tentang kes penipuan yang telah diadili di mahkamah kerana mencemarkan maruah dan reputasi.

“Bila seseorang manjatuhkan reputasi kita dengan membiarkan orang yang bersalah bersuara dan cuba membuat fakta yang salah. Jadi, berhati-hati Harith Iskander, dengan temu bual anda secara langsung,” katanya.

Nurnilam Sari turut mendakwa, Muhammad Sajjad telah memutar belit fakta menerusi temu bual tersebut apabila menyebutnya sebagai pegawai perhubungan awam dan pemasaran ketika bekerja di syarikat usahawan terbabit.

“Banyak fakta yang telah diputarbelit , saya bukan pengurus pemasaran sebaliknya saya Pengurus Besar awak dahulu. Saya adalah ‘pencacai’ yang menguruskan segalanya untuk awak dahulu.

“Sampai duit kita pun pinjam berjuta kannnn kannnn kannn…Cakap serupa ular,” katanya menerusi sebuah hantaran.

Author

Share