Sajjad didakwa sengaja bikin kontroversi untuk undang ugutan bunuh?

PETALING JAYA: Pelawak Harith Iskandar telah mengundang usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad menjadi tetamu rancangan bual bicara dalam talian “What’s Going On Malaysia” pada malam Ahad. 

Dalam rancangan dalam talian berkenaan Sajjad dilihat lebih banyak bercakap mengenai dakwaan mengenai isu transgender dan JAIS berbanding dakwaan-dakwaan mahkamah yang dikenakan keatas dirinya. 

Sajjad yang kini sedang menetap secara perlindungan di Sydney, Australia dan masih berada di dalam kuarantin setelah dilaporkan tiba beberapa hari lalu. Sajjad dijangka selesai menjalani kuarantin wajib negara berkenaan minggu depan.

Menurut Sajjad, apabila dia sampai di negara berkenaan, barulah dia dapat tahu tentang kronologi dan dakwaan yang dilemparkan keatas dirinya namun Sajjad menafikan segala kronologi tersebut.

“Sajjad membuat keputusan untuk melarikan diri ke tempat yang lebih selamat kerana itu adalah keputusan terakhirnya.

Difahamkan, Sajjad yang mendakwa dirinya yang menjadi mangsa momokan masyarakat isu transgender, itu hanyalah sekadar wayangnya baginya bagi menutup segala kesalahan serta tuduhan mahkamah dan dakwaan penipuan yang dibuat olehnya sebelum ini.

Dia telah menaikkan kemarahan rakyat Malaysia dengan dakwaan memutarkan belitkan kenyataan bagi menyelamatkan dirinya daripada terus dikecam dan ancaman yang didakwa sengaja direka.

“Duduk lah sana kalau rasa orang sana hargai kamu, duduk Malaysia sehingga jadi jutawan pun masih lagi tak hargai. Memang hidup penuh dengan alasan dan merosakkan agama sendiri

“Bakal bakal diisytiharkan je larr!. Dia dah lari australia dah pun. Dah selamat kat sana. Cukai LHDN entah dah habis bayar ke belum tu.

“Jangan percaya bila Sajat cakap dah jual perniagaan di Malaysia. Itu cara orang berniaga bagi mengelakkan kempen boikot,” komen pengguna media sosial yang memboikotnya.

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh Aliff Ahmad di Facebook, dia telah mendedahkan modus operandi yang diguna pakai oleh Sajjad untuk terus berada di negara Australia. Menurut Aliff, dia mendakwa Sajjad telah memutar belitkan kenyataan bagi mendapatkan pas visa di negara berkenaan, dengan membuat onar dan tuduhan ancaman yang diterima olehnya daripada rakyat Malaysia.

“Sajjad dapat waran tangkap sebab dia tak nak hadir ke mahkamah. Kalau dia hadir, kesalahan yang dia buat tu, aku kira bayar denda je barang kali. Masih boleh rayu sebagainya kalau nak rayu. Kalau dia “steady”, kenapa nak takut ke mahkamah?

“Kau hanya perlu mengaku dan buktikan kau gay, lesbian, pondan, darai, bapok, atau individu yang telah didiskriminasi/diancam/diugut bunuh oleh masyarakat dan kerajaan di negara kau berada, insyaAllah kau boleh dapat visa tersebut

“Australia negara yang menolak hukuman bunuh. Jadi mereka tidak akan memulangkan mana-mana individu yang berkemungkinan dibunuh jika dihantar pulang.

“Tak pelik Sajjad saja bakar-bakar masyarakat kita sampai ada yang buat ugutan bunuh dekat dia. Itulah hujah dia pakai untuk buktikan dia mendapat ancaman keselamatan jika dihantar pulang ke Malaysia,” perkongsian Aliff Ahmad.

Difahamkan tuduhan berkaitan hal agama hanya perkara kecil berbanding isu besar yang dihadapi olehnya apabila melibatkan penipuan mengenai wang ringgit yang masih lagi belum diselesaikan hingga kini.

Dia dikhabarkan bakal diisytiharkan muflis setelah gagal memberikan sebarang maklum balas, selepas pemfailan pemiutang bagi menuntut pembayaran penghakiman RM200,000, terhadap stokis lamanya iaitu Owa Resources Sdn Bhd sebelum ini.

Selain itu, ada dakwaan yang menyatakan bahawa Sajjad telah memalsukan identiti serta mykad bagi memudahkan dia melakukan penyamaran untuk berada di negara berkenaan.

Author

Share