Tanam benang pada muka, saya tahu halal haram – Amelina


PETALING JAYA : Penyanyi, Amelina tepis dakwaan menukar bentuk wajah dengan menanam benang atau ‘threadlift’ pada bahagian muka. 

Menurut Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin, 47, mengakui tidak ramai yang mengetahui mengenai kaedah itu dan ada segelintir wargamaya yang kurang arif mengenai rawatan terbabit. 

“Saya tahu halal haram, bukannya saya setiap hari nak buat, saya juga bukan jenis nak terus jadi cantik ubah wajah, koyakkan pipi, tambah tiang, operate segala, tidak.

“Rawatan ini ada jangka masanya, if pandai jaga makan, ambil makanan tambahan yang bersesuaian maka elok lah dia.

“Apapun janganlah buat bukan-bukan sampai jatuh haram. Buat muka, sekali buat dah jadi lain. Sampai masuk batang lah, sampai mati batang tu ada. Kalau kikis tulang, yang kikis tu nak tanam mana? Kaklong secebis daging pun tak keluar dari kulit muka.

“Semua itu pilihan, terpulang pada niat. Bukan nak bersaing dengan orang muda, tapi kita nak cantik dalam usia kita,” kata Amelina.

Terdahulu, perkongsian Amelina mengenai proses rawatan tanam benang atau ‘threadlift’ pada rahang dan hidungnya membuatkan ramai peminatnya ‘kecut perut’.

Menerusi perkongsian video di Instagram Amelina, penyanyi tersebut secara terbuka menunjukkan proses rawatan yang dikatakan agak ‘menyeramkan’ apabila wajahnya terpaksa dimasukan benang.

Author

Share