Anak bongsu arwah Mamat Khalid terima berita duka menerusi media sosial


PETALING JAYA : Isteri Allahyarham Mamat Khalid, Hasmah Hassan memaklumkan anak bongsunya, Ann Khalid yang kini sedang melanjutkan pelajaran di United Kingdom masih lagi bertemu tidak dapat bertemu bapanya buat kali terakhir.

Lebih memilukan, Ann atau lebih mesra dengan sapaan Baby dikalangan keluarga itu menerima perkhabaran duka itu menerusi platform media sosial.

“Baby paling berduka dan terkesan kerana tidak dapat pulang berjumpa arwah buat kali terakhir. Malah, dia juga tahu papanya sudah tiada menerusi media sosial. Itu yang membuatkan dia terlalu ralat.

“Semuanya berlaku sekelip mata dan terlalu pantas, kami di sini belum sempat untuk memaklumkan kepada Baby kerana menguruskan Abang (Mamat Khalid).

“Dia tahu ramai yang mengambil berat mengenai dirinya, cuma memerlukan sedikit ruang dan masa. Baby juga turut merancang untuk pulang dan menziarahi pusara namun perlu menguruskan perihal itu,” kata Hasmah.

Pengarah tersohor, Mamat Khalid, 58, itu rebah selepas bermain keyboard di cafe miliknya Sarang Art Hub, Tanjung Malim dan menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung dalam perjalanan ke Hospital Slim River, Perak, jam 12.30 tengah malam Sabtu lalu.

Allahyarham mendirikan rumah tangga dengan dengan Hasmah Hassan pada 12 April 1987.

Pasangan itu dikurniakan lima cahaya mata iaitu Mohd Khalid Zaffa, Nor Sara, Mohd Khalid Adam, Mohd Khalid Amen dan Nur Hassanah.

Author

Share