Ramai wanita terasa, Ustazah Asma tegur beria menari di media sosial demi sebuah content?

PETALING JAYA: Jika kita lihat di media sosial kini, terlalu banyak lambakan cerita dan kandungan video yang dibuat oleh para pengguna media sosial dengan pelbagai konsep mengikut kreativiti tersendiri.

Malah ada yang tidak terlepas untuk melakukan perkara diluar jangkaan bagi meraih perhatian, apabila sanggup melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran agama Islam mahupun mengaibkan maruah demi mengejar populariti murahan.

Apa yang parahnya lagi, sering kita melihat golongan wanita di media sosial yang sanggup melakukan perkara yang didakwa memalukan, sehingga mendedahkan aurat bagi tujuan pemasaran dan pastinya sekaligus ia meraih populariti secara mendadak.

Lantaran itu, seorang pendakwah wanita, Ustazah Asma Harun tampil bersuara dan memberikan teguran mengenai isu yang berbangkit ini, kerana dilihat seperti kurang menyenangkan khususnya buat individu yang beragama Islam.

Menurut ustazah Asma, dia melarang wanita untuk melakukan aksi atau kandungan yang didakwa mengaibkan meskipun ia adalah “trend” terkini, ini kerana menurutnya sebagai golongan wanita yang beragama Islam seharusnya menjaga maruah dan aib kerana itu adalah sebahagian daripada iman.


“Duhai wanita islam, yang tua atau muda, atas apa jua tujuan, elak, padam dan berhentilah buat kandungan dengan aksi joget atau tarian ya

sama ada biasa @ beria, ringan @ berat, dedah @ tutup aurat, semua sama sahaja, malu itu iman,” luahan ustazah Asma. 

Melihat hantaran yang dibuat oleh ustazah berkenaan, rata-rata pengguna media sosial yang lain turut bersetuju dengan kenyataan yang dibuat olehnya.

Ini kerana sekiranya tidak dibendung perkara ini, ia akan menjadi parah serta akan memberikan impak yang negatif untuk generasi yang akan datang.

“Terima kasih ustazah atas teguran kasih sayang, semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah swt Aamiin ya rabbal’alamin 

“Semoga Allah tanamkan sifat malu yang bertempat dan tingkatkan iman dikalangan kita semua muslimin dan muslimat

“Dunia sudah akhir zaman…smoga cepat kita diberikan kesedaran daripada hanyut dibakar api neraka yang sangat panas kelak, aamin, terima kasih ustazah untuk teguran ini

“Mudahnya terpengaruh, semua pun nak ikut, bangga tanpa rasa malu aib, semoga diberi taufik dan hidayah. Sentiasa dalam lindungan Allah,” komen pengguna media sosial.

Author

Share