Zainol Macwilson akhirnya dakap cucu


PETALING JAYA : Bapa kepada aktres Zahirah Macwilson, Zainol berkongsi keterujaan bertemu dengan cucu sulungnya, Isaac Raees yang kini berusia 10 bulan.

Zainol pada awalnya berasa sedikit bimbang sekiranya Isaac akan berasa kurang selesa dengan dirinya memandangkan ini kali pertama dia berkesempatan untuk mendakap cucunya itu.

“Allahuakbar! Ini lah kali pertama sejak cucu saya di lahirkan (10 bulan yg lalu) setelah dapat merentas negeri, baru sekarang saya dapat bersemuka dengan Isaac Raees aka Mr Dimples (Encik Lesung Pipit).

“Saya agak risau jugak sebelum tu, takut dia tak nak pada saya memandangkan yang cucu saya dah bersemuka dengan bapak tiri Zahirah di Australia dan ayah Aiman (besan saya) di Malaysia,” katanya.

Rasa gembira itu dikongsikan sendiri oleh bapa kepada pelakon, Zahirah Macwilson menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa gembira selain turut memuji telatah Isaac bersama datuknya itu.

Untuk rekod, Zahirah telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Aiman Hakim Ridza pada tanggal 20 Februari 2020.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang lahir pada tanggal 5 Januari lalu.

Author

Share