Kelantan Exchange 2021 bakal membuka tirai November ini

KELANTAN: Menyusuli kejayaan luar biasa acara Kelantan Exchange (satu acara unik di peringkat kebangsaan yang berlansung di Kelantan mengenengahkan industri kraf kepada masyarakat, memartabatkan artisan tempatan.

Disamping memelihara warisan budaya) pada tahun lepas, Malaysian Craft Council (MCC) mensasarkan untuk mengulangi kegemilangan yang dikecapi dan mengharapkan sambutan yang lebih hebat pada tahun ini.

MCC percaya dengan sokongan padu yang diberikan oleh Tourism Malaysia, Yayasan Hasanah, UNESCO, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan Hotel The Grand Renai, Kota Bharu, mereka mampu mewujudkan pengalaman pengunjung yang lebih mengasyikkan membawa kepada perubahan sikap serta minda.

Pada tahun ini MCC menjangkakan angka pelawat yang lebih tinggi berbanding tahun lepas memandangkan perintah kawalan pergerakan dan berkurung telah tamat untuk hampir kesemua negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

Pada acara tahun lepas, MCC berjaya mengembalikan persembahan tradisional Mak Yong di Kelantan setelah hampir tiga dekad ia diharamkan di negeri tersebut.

Mak Yong diberi nafas baru tanpa mencemarkan elemen asalnya melalui pendekatan yang lebih patuh syariah.

Difahamkan ada penampilan lebih 50 barisan artisan pelbagai kraf dari seluruh negeri Pak Yong Negara iaitu Rosnan Abdul Rahman yang juga Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Kelantan bersama pelakon Arja Lee untuk persembahan Mak Yong.

Selain membuat persembahan Mak Yong, Arja Lee yang kini menetap di negeri Kelantan itu, telah diberikan mandat  untuk memegang jawatan sebagai Exco Media dan Publisiti di Malaysian Craft Council.

Arja Lee

“Saya perlu memastikan segala persiapan dan persediaan sebelum menjelang Majlis Sidang Media berada dalam keadaan yang cukup baik

“Syabas dan terima kasih buat team kesayangan atas segala kerja keras, bantuan dan kerjasama yang diberikan,” tulis Arja Lee.

Pencapaian tersebut telah mencetuskan inspirasi untuk tema ‘Kelantan Exchange 2021’ iaitu ‘Illusion of Langkasuka’ atau Ilusi Langkasuka.

Pemerintahan Langkasuka merupakan lambang kegemilangan tamadun dan kemajuan peradaban Melayu dengan bukti-bukti nyata yang masih kekal wujud hingga kini kelihatan pada motif kesenian, hasil seni bina, olahan reka bentuk, sehingalah ke gaya hidup.

MCC berharap agar inisiatif yang cuba diterapkan sepanjang Kelantan Exchange 2021 berupaya membangkitkan semula semangat serta jati diri tersebut dengan memaparkan kemampuan Kraf Malaysia untuk pelbagai tujuan dan penyesuaiannya di dunia moden ini.

Kelantan Exchange bakal dijadikan acara tahunan dan berpotensi untuk dilaksanakan di negeri-negeri lain yang juga kaya dengan warisan budaya unik serta bakat artisan kraf mereka sendiri.

Sealiran dengan usaha Malaysia dalam mewujudkan kelestarian serta menyemarakkan lagi industri kraf negara, MCC mengalu-alukan sebarang bentuk koloborasi dan kerjasama dari pelbagai pihak, organisasi atau badan-badan berkaitan.

Ini adalah supaya legasi artisan tempatan dapat diteruskan, pertumbuhan industri dipertingkatkan, serta suntikan idea bernas, segar dengan perspektif yang inovatif diperhebatkan.

Author

Share