Mustang Wak Doyok dicalar peminat?

PETALING JAYA: Pelakon dan ikon fesyen terkenal, Wak Doyok telah meluahkan rasa sedih apabila kereta kesayangannya berjenama “Ford Mustang” telah dicalarkan secara tidak sengaja oleh beberapa individu baru ini.

Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor telah berkongsikan insiden ini menerusi hantaran media sosialnya dan individu yang didakwa tersebut adalah merupakan salah seorang peminatnya.

Menurut Wak, insiden ini berlaku apabila individu berkenaan ingin bergambar bersama keretanya itu, lalu secara tidak sengaja telah calarkan “bumper” bahagian belakang hingga telah mengakibatkan kerosakan kecil.

Difahamkan, Wak yang baru melakukan modifikasi terhadap keretanya itu telah menelan belaja ribuan ringgit apabila ingin membuat konsep watak ala-ala filem “Transformers”.

Lantas dengan tranformasi yang dibuat itu, ia telah mengundang perhatian masyarakat di Malaysia kerana ia merupakan kali pertama dilakukan di Malaysia.

“Gara-gara peminat kejar nak bergambar dia. Dia tersodok bumper aku koyak sikit. Tapi tak apa sikit je ni. Ikhlas kan sahaja mungkin Allah ganti lebih baik dari ini.

Wak mendedahkan, kesan daripada insiden tersebut, dia terpaksa menggantikan beberapa alat gantian baru untuk keretanya dan dia redha serta merelakan kerana baginya peminat adalah keutamaannya.

“Hargailah peminat kalau tak ada peminat mungkin aku tak capai tahap ini. Moto fans tu ‘mudguard” dia patah aku dah ganti yang baru,” luah Wak Doyok.

Author

Share