Yang penting dia dan Maryam ok – Fizo Omar

PETALING JAYA : Aktor, Fizo Omar berkongsi berkenalan dengan isterinya, Fazeera Nazri Azrai sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu. 

Menurut Fizo, tempoh perkenalan setahun itu membuka hati aktor itu untuk menyunting bekas pramugari itu menjadi isterinya.

“Saya dan isteri berkenalan setahun lalu, dia bekerja sebagai pramugari di Doha sebelum ini. Namun ketika PKP, dia pulang ke Malaysia dan ketika itulah kami bertemu di suatu tempat.

“Dalam tempoh PKP kami terjumpa di suatu tempat dan masa tu la kami berkenalan bercinta,” katanya.

Aktor kelahiran Kelantan itu berkongsi detik perkenalan dengan isterinya ketika sesi soal jawab menerusi platform InstaStory di Instagram (IG) di akaun semalam.

Menjawab pertanyaan wargamaya mengenai hubungan anak perempuannya, Wan Maryam dengan isterinya, Fizo berkongsi kemesraan mereka. 

Jelasnya, itu yang menjadi keutamaan sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga. 

Berita perkahwinan kali kedua Fizo itu mengundang kejutan ramai apabila dia pertama kali memuat naik fotonya berbaju Melayu putih bersama anaknya Maryam di IG dengan kapsyen seolah-olah sudah menamatkan zaman dudanya.

Tidak lama itu, foto perkahwinan mereka tersebar dan pasangan itu difahamkan bernikah pada 21 Oktober lalu dalam satu majlis yang diadakan di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang.

Terdahulu, Fizo pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mawar Karim pada November 2013 dan dikurniakan cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun. 

Bagaimanapun, Fizo dan Mawar bercerai pada Julai 2019.

Author

Share