Saya tidak mampu jadi terbaik tanpa awak – Aliff Aziz

PETALING JAYA : Peserta Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Aliff Aziz menyifatkan kehadiran isterinya, Bella Astillah sebagai sumber kekuatan sepanjang bertanding di pentas itu.

Kejayaan Aliff mendapat tempat pertama selama dua minggu berturut-turut didedikasikan kepada Bella yang banyak membantunya dari pelbagai aspek.

“Terima kasih kerana selalu ada bersama saya, bukan hanya di belakang pentas namun bermula dari rumah dan sebagainya. Contohnya membawa baju dan semuanya, jadi ucapan ini adalah buat awak.

“Saya gembira dan tidak mampu untuk jadi terbaik tanpa awak, jadi awak adalah wanita hebat disebalik semuanya.

“Tiada kata yang dapat menggambarkan rasa bersyukur ini, terima kasih untuk segalanya. Saya sayang awak dengan sepenuh hati,” kata Aliff.

Sekadar info, Aliff mendirikan rumah tangga pada 2016 bersama pelakon Bella Astillah dan dikurniakan dua orang anak, Muhammad Ayden Adrian, 3, dan Ara Adreanna, setahun.https://www.instagram.com/tv/CREaUSRFVcq/embed/captioned/?cr=1&v=14&wp=1080&rd=https%3A%2F%2Fwacana.my&rp=%2Fsaya-tidak-mampu-jadi-terbaik-tanpa-awak-aliff-aziz%2F#%7B%22ci%22%3A0%2C%22os%22%3A4816.300000000745%2C%22ls%22%3A4809.10000000149%2C%22le%22%3A4809.800000000745%7D

Untuk rekod, GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Author

Share