Saya redha dengan ujian Allah – Linda Rafar

PETALING JAYA : Pelakon dan penyanyi, Linda Rafar antara salah seorang mangsa yang terkesan akibat bencana banjir baru ini.

Kawasan perumahannya di Seksyen 13 Shah Alam antara yang teruk terjejas ekoran dilanda bencana banjir.

Difahamkan, bekalan elektrik dan perkhidmatan lif juga terpaksa dihentikan buat sementara waktu.

“Daripada hari pertama dah kena banjir, kawasan rumah jam 12 tengah hari air dah start naik

“Dalam masa beberapa jam saja sejurus tu, bekalan elektrik terputus dan perkhidmatan lif juga dihentikan sementara,” katanya pada Wacana.my.

Menurut Linda, air banjir tersebut telah memasuki beberapa bahagian dikawasan perumahannya, beberapa kenderaan miliknya juga dilaporkan telah mengalami kerosakan akibat bencana ini.

Meskipun begitu, Linda sekeluarga tidak menerima sebarang bantuan daripada pihak tertentu.

Kini Linda sekeluarga terpaksa menginap di kawasan yang lain bagi memunggu keadaan bencana ini reda.

“Kami memang sedih, tapi fikir positif, Allah uji sebab sayang dan nak dekat dengan dia

“Kawasan rumah belum lagi okay, bekalan air dan elektrik masih tiada dan saya terpaksa sewa airbnb buat sementara waktu ini,”ujarnya.

“Semua diuji, besar periuk besar la kerugian

“Sederhana periuk sederhana la kerugian,

“Kecil periuk maka kecil la kerugian,luahnya.

Author

Share