Bahagia tular di Indonesia, Eza Edmond kini menjadi buruan

PETALING JAYA : Nama penyanyi, Eza Edmond mula meniti di bibir ramai apabila single yang dilancarkan pada tahun 2017 berjudul Bahagia kembali tular di Indonesia ketika ini.

Bagi gadis berusia 23 tahun ini, dia sebenarnya tidak menyangka sambutan yang diberikan oleh masyarakat di sana kali ini begitu dahsyat sehinggakan ramai yang meminta kebenaran untuk merakamkan semula lagu tersebut.

[Jom Ikuti Instagram Kami]
[KLIK DI SINI]

“Ini memang sesuatu yang di luar jangkaan. Dulu lagu ini sudah tular di sana selepas dilancarkan berdasarkan komen yang mereka tinggalkan pada muzik video. Ada juga yang memuat naik video sendiri sehingga mendapat jutaan tontonan.

“Kini Bahagia sekali lagi tular di sana. Pelbagai versi sudah dibuat oleh pelbagai pihak dan ia sedikit sebanyak memberikan kelebihan kepada saya yang masih belum dikenali ramai,” kata Eza.

[Jom Sertai Group Telegram Kami]
[Klik DI SINI]

Semuanya bermula apabila lagu tersebut diolah semula oleh beberapa orang pemuzik  popular di sana dalam pelbagai versi termasuklah remix dan sebagainya.

Antara pemuzik yang tertarik dengan lagu berkenaan termasuklah DJ Komang yang sememangnya popular di sana. Muzik versi remix yang diadun mendapat tular di aplikasi TikTok seterusnya menambahkan lagi populariti lagu berkenaan. Malah, versi remix yang dibuat juga dimuat naik ke YouTube dan ditonton lebih 20 juta kali.

Sehingga ke hari ini, sudah lebih 20 syarikat muzik dan lebih 30 penyanyi dari negara seberang meminta kebenaran daripada syarikat rakaman naungannya, Sheikh Qalam Records untuk merakamkan semula lagu berkenaan.

Ada di antara mereka sudah merakamkan semula lagu berkenaan dalam bahasa Jawa dan pelbagai bahasa kaum di sana serta mengeluarkan semula di YouTube. Ada juga yang meminta kebenaran untuk mengubah lagu ini kepada versi lain seperti jazz, dangdut, rock dan akustik.

“Tak tergambar dengar kata-kata apabila lagu ini menjadi sebegitu besar di sana ketika ini. Saya anggap ini rezeki kepada semua yang terlibat dalam pembikinan Bahagia. Mereka bekerja keras dahulu dan hasilnya baru dilihat sekarang.

“Setidaknya dengan sambutan yang diberikan membuatkan saya mahu bekerja lebih keras untuk menempatkan nama dalam industri,” kata anak kelahiran Papar, Sabah ini lagi.

[Jom like & follow Facebook kami]
[Klik DI SINI]

Tambah Eza lagi, dia gembira apabila lagu berkenaan juga dinyanyikan oleh Bulan Sutena, salah seorang penyanyi baru di salah sebuah stesen TV di sana.

Impak daripada persembahan berkenaan, semakin ramai yang mula mencari penyanyi asal walaupun lagu berkenaan ditukar tajuk kepada Setiap Yang Ku Lakukan Untuk Mu di sana.

Ito tak mahu karya Blues Gang terkubur

PETALING JAYA : Tidak mahu karya nyanyian Blues Gang yang berjudul Khatulistiwa terkubur begitu saja, kumpulan Pitahati mengambil inisiatif memberi nafas baru terhadap lagu yang popular sekitar tahun 80an itu.

Menyuntik elemen segar untuk lagu berkenaan, lebih istimewa apabila mereka turut menampilkan kolaborasi bersama penyanyi asal Blues Gang iaitu Ito.

[Jom Ikuti Instagram Kami]
[KLIK DI SINI]

Ilham selaku penulis lirik utama di dalam Pitahati bersama-sama mencapai persetujuan dengan Ito meminta kebenaran untuk menggubah beberapa buah lagu.

[Jom Sertai Group Telegram Kami]
[Klik DI SINI]

“Kami masih memelihara ‘rasa’ yang sama pada lagu yang dibikin sekitar tahun 1983 ini. Malah, ketika kami ‘cover’ lagu ini pun kita tidak mahu hilangkan keaslian rasa tu.

“Itulah yang paling dititikberatkan ketika merakamkan lagu cover sebelum ini. Kalau banyak perubahan, ia akan membuatkan keaslian lagu itu hilang.

“Ini adalah satu kesempatan buat Pitahati untuk memberi penghormatana pada Blues Gang,” Ilham. 

Mereka juga menjelaskan sewaktu membuat pemilihan playlist lagu-lagu dari kugiran-kugiran tempatan yang menjadi inspirasi karya-karya Pitahati, mereka mencari karya dengan aroma ala-ala “county road” tapi versi Malaysia.

Selain itu nafas lagu Khatulistiwa ini seperti ada sentuhan magis apabila pada tahun ini sekali lagi diberi peluang untuk dijadikan sebuah lagu tema reunion pelajar-pelajar Sekolah Tengku Abdul Rahman (STAROBW), Ipoh.

Sebagai bonus, mereka juga menghasilkan sebuah muzik video yang berkonsepkan santai berinspirasikan tema sebuah kehidupan masyarakat yang berbilang bangsa dan kaum.

Pitahati, Ito Blues Gang dan team penggambaran Motion Scientist memilih negeri Ipoh sebagai lokasi utama seperti kawasan-kawasan santai rakyat berbilang kaum seperti di Old Town Ipoh, Concubine Lane, Stesen Keretapi, Pasar Loken, Padang Ipoh, Restoran New Hollywood, Super Kinta, Stesen Bas Medan Kid, dan sempat juga singgah ke Sarang Art Hub, Tanjung Malim.

[Jom like & follow Facebook kami]
[Klik DI SINI]

Perjalanan ini amat bermakna apabila memperlihatkan dua generasi yang berbeza namun bekerjasama dengan penuh komitmen. Selain bekerja, Ito juga tidak kering mencurahkan nasihat dan pengalaman kepada semua.

Terakhirnya, Ito menyampaikan rasa suka cita terhadap inisiatif generasi baharu mengembalikan dan memastikan karya karya lama terus hidup dalam masa kini.

“Saya amat berbesar hati dan berharap lagu versi baru ini boleh memberi semangat buat kali kedua kepada seluruh rakyat Malaysia”, kata Ito Blues Gang.

Belum terfikir ambil tindakan – Fedtri Yahya

PETALING JAYA : “Buat masa ini tak terfikir nak ambil tindakan kerana tak ada impak lagi, dekat platform jual beli atas talian itu pun saya nampak hanya ada lapan orang sahaja yang melanggan.

“Tapi kalau ada yang memanipulasi, pasti tindakan undang-undang akan diambil kerana mereka menggunakan paparan foto itu untuk mempromosikan perkhidmatan mereka.

[Jom Ikuti Instagram Kami]
[KLIK DI SINI]

“Sebenarnya dah lama saya perasan tentang benda ni, setiap tahun mereka foto saya dalam program itu digunakan, tahun sebelum ni mereka guna untuk promosi minyak lintah, lepas itu perubatan untuk kebatinan”.

[Jom Sertai Group Telegram Kami]
[Klik DI SINI]

Pengacara Ahmad Fedtri Yahya belum berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengambil gambarnya sebagai bahan promosi menerusi medium digital. 

Fedtri ,40, berkata beberapa peniaga atas talian mengambil babak lakonan semula program Khurafat di TV9 pada tahun 2008 untuk digunakan sebagai tujuan promosi. 

“Saya dah kongsi mengenai hal itu di media sosial, setakat ini semua orang ketawa… 

“Saya sendiri tengok pun nampak lawak kerana mereka sediakan itu dengan bayaran RM5 sebulan, rasanya tak ada orang percaya (perkhidmatan) itu,” katanya.

Fedtri ditemui semasa sidang media program terbaharu Aduan Jiwa yang diadakan secara maya pada Selasa.

[Jom like & follow Facebook kami]
[Klik DI SINI]

Aduan Jiwa merupakan program bual bicara terbaharu kendalian Fedtri Yahya bakal bersiaran setiap hari Ahad pukul 8.30 malam di TV9 bermula 2 Januari depan.

Betul ke Dolla “Berani” sangat?

PETALING JAYA : Pernah berdepan kecaman daripada segelintir kumpulan ‘haters’, kumpulan Dolla tampil dengan single berjudul Berani untuk mengangkat golongan wanita.

Tidak menujukan secara langsung kepada kumpulan ‘haters’, Berani menjadi pemangkin untuk menyebarkan aura positif kepada golongan wanita yang berdepan dugaan dan cabaran hidup. 

[Jom Ikuti Instagram Kami]
[KLIK DI SINI]

“Apabila berbicara soal ini, saya sedikit emosi kerana pernah berdepan kecaman teruk sehingga menerima ugutan bunuh. Lagu Berani tidak ditujukan secara langsung kepada ‘haters’ di luar sana.

“Namun ada bait-bait lagu yang menjadi kegemaran saya seperti walau apa yang terjadi, saya tetap mempunyai rakan-rakan (my girls). Sekali gus menjadi penguat semangat saya apabila berdepan perkara begini.

“Saya lebih matang berdepan dengan komen dan kecaman begini. Ia menjadikan saya lebih kuat biarpun masih baru dalam industri seni,” ujar Syasya mewakili kumpulan Dolla. 

[Jom Sertai Group Telegram Kami]
[Klik DI SINI]

Dolla yang dianggotai Sabronzo, Tabby, Syasya dan Angel mendedikasikan lagu Berani khas buat peminat yang sentiasa menyokong perjalanan kerjaya mereka. 

Kelmarin, Dolla berkongsi berita gembira apabila mereka menjadi artis ketiga dari Malaysia selepas Yuna dan Layla Sania yang dipilih muncul di papan iklan digital tersohor di Times Square, New York, Amerika Syarikat bagi kempen EQUAL oleh pelantar penstriman digital tersohor dunia, Spotify.

Selain melancarkan single baharu, Dolla juga menerima penghargaan Anugerah Platinum untuk Penjualan Single Terbaik (Best Selling Single), Impikan yang hingga kini sudah distrim lebih 200,000 oleh penggemar muzik masa kini.

Selain single Impikan, Dolla sudah muncul dengan beberapa lagu iaitu Makes You Wanna, Watch Me Glow dan Raya Raya Raya yang dilancarkan bagi sambutan Aidilfitri pada awal Mei lalu.

Lagu Perang Monoloque, memang WAAW!

PETALING JAYA: Bagi memartabatkan warisan seni budaya, satu album “Lagu Perang” bertemakan muzik gamelan telah dilancarkan.

Album “Lagu Perang” ini untuk meraikan serta mengevolusikan muzik gamelan melayu agar kekal relevan dengan keadaan semasa.

Muka depan album “lagu perang”.

Difahamkan, proses penghasilan album ini mengambil masa lebih satu dekad kerana memerlukan proses kajian yang terperinci, ini kerana kajian mengenai gamelan melayu agak rumit malah kebanyakkan sumber serta lagu-lagunya perlu diperolehi secara lisan.

[Jom Ikuti Instagram Kami]
[KLIK DI SINI]

Antara individu yang tepat bagi penghasilan karya muzik seperti ini, adalah kumpulan rock nusantara Malaysia iaitu Monoloque.

[Jom Sertai Group Telegram Kami]
[Klik DI SINI]

Difahamkan, tajuk ‘Lagu Perang’ telah dipilih sebagai nama rasmi album berkembar kerana ini merupakan lagu repertoir Joget Gamelan Melayu yang sering menjadi pembuka tirai setiap kali Orkes Gamelan Pahang DiRaja melakukan persembahan.

Selain itu, tajuk ini juga adalah simbolik terhadap perjuangan Loque dalam mempertahankan budaya daripada arus modernisasi dan globalisasi. 

Bagi ahli kumpulan Monoloque, muzik gamelan melayu adalah perkara remeh, kerana untuk mengekalkan keaslian dan keagungan bunyi-bunyiannya, mereka perlu meneliti, menganalisa, dan menyerap segala intipati alat muzik tersebut.

Orkes Gamelan Di Raja Pahang

Album “Lagu Perang” ini telah dipersembahkan dan dirakamkan sepenuhnya oleh kumpulan Orkes Gamelan Pahang Di Raja. Kumpulan ini merupakan himpunan pemain gamelan melayu yang telah ditubuhkan sejak tahun 1970an

Selain itu, dalam album ini turut mempunyai sebuah lagu malar segar nyanyian Dato’ Sheila Majid bertajuk segar yang telah diberi nafas baharu.

Lagu ini telah mendapat sentuhan baharu daripada kumpulan MonoloQue bersama kumpulan Orkes Gamelan Pahang Di Raja, serta diadun bersama vokal Kimal daripada kumpulan Margasatwa.

[Jom like & follow Facebook kami]
[Klik DI SINI]

loque dan Kimal Margasatwa

“Bukan tujuan kami untuk bersaing dengan versi asal Legenda daripada Dato’ Sheila Majid. Lagu Legenda versi asal semestinya tiada tandingannya. Saya cuma menyuntik unsur-unsur terkini dan mengubah mengikut citarasa kami seolah-olah lagu ini adalah lagu kami sendiri,” kata Loque.

menurut Loque, lagu ini adalah belasungkawa tahap tertinggi kepada para legenda, baik yang dikenang mahupun yang tidak sepanjang zaman, malah lagu ini asalnya dibuat khas untuk lagenda permata seni yang tiada galang gantinya iaitu Tan Sri P.Ramlee. 

Yang menariknya, lagu ‘Legenda’ yang dimuatkan dalam album berkembar terbaru monoloQue mempunyai 2 versi, yakni versi Piring Hitam(Vinyl) dan versi Cakera Padat(Deluxe).

Legenda versi piring hitam yang dihasilkan pada tahun 2018 merupakan persembahan monoloQue yang dinyanyikan secara solo oleh LoQue.

Manakala Legenda versi cakera padat(deluxe) merupakan kerjasama kreatif LoQue dan Kimal Margasatwa. Versi cakera padat(deluxe) telah siap dihasilkan pada tahun 2020. 

Bagi memeriahkan pesta meraikan audio dan visual Gamelan Melayu, LoQue telah menjalinkan kerjasama kreatif dengan beberapa orang seniman dan seniwati tempatan. Antaranya adalah NJWA, Aizat Amdan, Manifesto, dan yang terakhir adalah Kimal Margasatwa. 

Perihal Dirimu, Haikal Farid dan Weswey

PETALING JAYA : TikTok, destinasi utama untuk video pendek mudah alih telah mengorak langkah yang mengujakan dalam seleksi muziknya dengan melancarkan Perihal Dirimu, lagu asalnya yang pertama di Malaysia dan Indonesia. 

Lagu pop nyanyian pencipta muzik Haikal Farid dan Weswey serta hasil nukilan pencipta lagu terkemuka Malaysia, Aubrey Suwito dan penulis lirik hebat Ad Samad, merupakan lagu yang menyentuh hati berkisar mengenai menyayangi diri sendiri dan mencintai diri sebenar pasangan seseorang.

[Jom Ikuti Instagram Kami]
[KLIK DI SINI]

Perihal Dirimu adalah penulisan lagu yang pertama buat Suwito untuk platform ini dan karyanya sarat dengan penjiwaaan serta perasaan seperti mana yang dia kenali sepanjang kariernya. 

[Jom Sertai Group Telegram Kami]
[Klik DI SINI]

Terkenal dengan penulisannya dalam pelbagai lagu tempatan seperti ‘Gemilang’ dan ‘Menuju Puncak’. Dia menghasilkan Perihal Dirimu sebagai sebuah lagu yang ringan melodinya namun membangkitkan semangat dalam penerimaan diri sendiri untuk meniupkan kekuatan kepada pendengar yang terkesan akibat pandemik.

Lagu ini adalah kolaborasi antara TikTok dan label rakaman Rusa Music, yang menampilkan gaya muzik penuh perasaan daripada bakat baharu, Haikal Farid dan Weswey. 

Pendengar bakal dibuai dengan alunan harmoni oleh pasangan duo ini sambil diiringi petikan gitar akustik yang ceria, satu gabungan yang mengimbau muzik pop era 2000. 

Pelancaran ini menandakan kolaborasi pertama dua bakat muzik ini yang juga permulaan untuk lebih banyak lagi kerjasama dalam muzik serantau.

Penyanyi, Haikal Farid berkata, kerjasama ini adalah satu peluang yang besar dan saya amat terharu untuk menjadi sebahagian daripada projek yang luar biasa ini. 

“Saya terus jatuh cinta dengan lagu Perihal Dirimu ciptaan Aubrey sejurus mendengarnya buat kali pertama dan saya berbesar hati dapat merakamkan lagu yang menghidupkan semangat positif ini bersamanya. 

“Bukan itu sahaja, peluang ini juga membawa kepada kolaborasi hebat dengan King Weswey, dan kami berdua berharap lagu ini dapat menaikkan semangat mereka yang terkesan akibat pandemik agar kita dapat terus menjalani hari-hari mendatang dengan lebih baik.”

[Jom like & follow Facebook kami]
[Klik DI SINI]

Pra-pelancaran Perihal Dirimu secara eksklusifnya telah disiarkan di TikTok pada 3 September, dan akan disiarkan di semua platform penstriman digital pada 10 September. Video lirik lagu tersebut juga akan disiarkan pada masa yang sama. 

Sempena meraikan pelancaran Perihal Dirimu, TikTok Malaysia dan TikTok Indonesia telah melancarkan cabaran tanda pagar #DuhaiGadisku pada 4 September 2021. 

Peminat dialu-alukan untuk berkongsi mesej positif bersama yang tersayang sambil diiringi alunan indah lagu Haikal Farid dan Weswey.

Muat turun atau layari aplikasi TikTok sekarang untuk mendengar Perihal Dirimu. TikTok boleh dimuat turun secara percuma di iOS dan Android melalui Apple Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.

Perancangan Insomniacks tergendala? Kenali siapa mereka

PETALING JAYA : Bukan sahaja mempertaruhkan muzik dibawa, empat anak muda yang bergerak dalam band dikenali sebagai Insomniacks ini turut mengetengahkan bakat sebagai komposer dan penulis lirik.

Tanpa disedari, sudah enam tahun pembabitan mereka sebagai pemuzik. Sepanjang tempoh itu, Insomniacks sudah menghasilkan dua single dan satu album EP yang memuatkan lima lagu.

[Jom Ikuti Instagram Kami]
[KLIK DI SINI]

Mula bertapak menerusi syarikat rakaman Sony Music, ‘jodoh’ mereka dengan syarikat rakaman itu tidak panjang apabila kontrak tamat awal tahun ini selepas empat tahun bersama. 

[Jom Sertai Group Telegram Kami]
[Klik DI SINI]

Namun, bakat besar dimiliki kesemua anggota Insomniacks iaitu Wan Arif Iskandar Adnan(Iskandar) selaku pemain bass, Syed Mir Iqbal Syed Adeli(Iqie) vokalis dan gitar utama; Ahmad Danial Ahmad Roslan (Danial) gitar ritma; dan Gavin Wong (Gavin) dram terus disambar syarikat rakaman Universal Music Malaysia sejak Mac lalu.

Wan Arif Iskandar yang mewakili Insomniacks berkata, tawaran diterima syarikat rakaman Universal Music Malaysia itu satu penghormatan buat mereka.

“Sejujurnya, kami berasa bangga selain menyifatkan ia satu penghormatan apabila mendapat tawaran daripada pihak Universal Music. Umum mengetahui, mereka mempunyai kredibiliti yang baik, berpengalaman luas serta mempunyai ramai artis berbakat dan dikenali.

“Dalam masa sama, tawaran yang datang juga disertakan dengan pelbagai perancangan yang menarik untuk masa depan band kami. Jadi, kami berasakan ia bagus untuk jenama dan kerjaya muzik kami pada masa akan datang.

“Paling penting, tawaran mereka itu juga adalah sesuatu yang kami mahukan selama ini terutama dari segi penghasilan lagu. Pendek kata, kami yakin berada di bawah syarikat rakaman ini,” katanya.

Menurut Iskandar, kontrak itu akan dimanfaatkan sebaik mungkin di mana sebagai permulaan Insomniacks merancang untuk melancarkan tiga lagu sebelum penghujung tahun ini.

“Disebabkan selepas kami menandatangani kontrak bersama Universal Music kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, jadi banyak perancangan tergendala.

“Jadi, apabila aktiviti seni dan hiburan dibenar beroperasi, Insya-Allah, kami merancang untuk melancarkan sekurang-kurangnya tiga single tahun ini.

[Jom like & follow Facebook kami]
[Klik DI SINI]

“Ia terdiri daripada dua lagu versi rakaman semula Pulang dan Reminisensi, selepas itu menyusul single baru. Hala tuju muzik untuk lagu baru ini nanti tak berbeza dengan kebanyakan single yang pernah dilancarkan.

“Cuma, dari segi bunyi mungkin ada kelainan sedikit kerana kami mahu ia kedengaran lebih ‘matang’. Genre pula sama iaitu rock kerana kami masih tak puas dengan muzik sebelum ini,” katanya.

Suami buat Mawar Rashid sebak?

PETALING JAYA : Keterbukaan Raf Yaakob untuk mengikuti program dakwah dan pengajian agama anjuran pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew selama tiga hari membuatkan pelakon, Mawar Rashid sebak.

Mawar menitiskan air mata kegembiraan apabila suaminya terbuka hati untuk mengikuti program keagamaan itu. 

[Jom Ikuti Instagram Kami]
[KLIK DI SINI]

“Sebelum ini Raf ada dipanggil ke rumah Ustaz Ebit Lew untuk mengikuti program bantuan serta dalam masa yang sama untuk belajar mengenai agama. Semuanya berlaku secara kebetulan. 

“Saya cakap dengan Raf, ini memang doa saya. Saya suka suami pergi berdakwah, saya ada impian mahu suami beri tazkirah, ajar agama dan berdoa untuk kami sekeluarga selepas solat.

[Jom Sertai Group Telegram Kami]
[Klik DI SINI]

“Saya memang nak sangat dia pergi supaya boleh ajar kami sekeluarga dengan agama… semalam saya rasa sebak sampai tak boleh tidur, rasa sayu macam Allah dengar doa Mawar,” ujarnya.

Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata bernama Raden Muhammad Rafael, 2, dan Raden Seri Rosabella Cinta yang berusia setahun.

Raf juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan, 10 dan Raden Seri Raysaa Chanela, 6.

Penyanyi Amelina takut dilabel tamak?

PETALING JAYA: Setelah sekian lama tidak menerima tawaran menyanyi ataupun berlakon, kini penyanyi Amelina Amir boleh menarik nafas lega kerana dikhabarkan sudah kembali bekerja.

Menurut Amelina atau lebih mesra dengan panggilan kak long, dia berkata, kini dalam proses penggambaran sebuah drama yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

[Jom Ikuti Instagram Kami]
[KLIK DI SINI]

Menurut Kak Long, meskipun industri hiburan sudah diizinkan untuk bekerja, namun dia masih meneruskan lagi peniagaan nasi ayam yang diusahakan sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

[Jom Sertai Group Telegram Kami]
[Klik DI SINI]

Baginya, tiada istilah cuti kerana permintaan terhadap nasi ayamnya kini semakin meningkat.

“Saja kongsi, kak long jadi peniaga nasi ayam

“Beginilah rutin kak long untuk mencari rezeki. Alhamdulilah syukur ke hadrat Allah swt, keadaan dah semakin pulih, kak long dah mula dapat kerja dari kerjaya kak long

“Kak long tak pernah mengeluh dan meratapi nasib, alhamdulilah

“Sekarang kak long dalam proses penggambaran drama 26 episod, jadi ada cuti je kak long akan meniaga. Ada beberapa lagi kerja untuk kak long, terima kasih pada yang beri peluang pada kak long,” perkongsiannya.

View this post on Instagram

A post shared by AMELINA AMIR (@amelinaamirsharipuddin)

Difahamkan, penyanyi ini terpaksa melakukan dua pekerjaan dalam satu masa, ini kerana untuk menjaga zuriatnya seramai enam orang yang berada dibawah tanggungannya.

[Jom like & follow Facebook kami]
[Klik DI SINI]

“Bukan tamak tapi ibadah! kerana bila kita mencari rezeki itu juga ibadah bukan untuk diri sendiri tapi untuk 6 amanah Allah yang kak long kena jaga. iaitu anak-anak kak long

“Doa-doa yang terbaik untuk kak long ok, jaga diri okay, sayang awak semua,” tulis Amelina

Wajah Uqasha disamakan dengan ……

PETALING JAYA: Pelakon, Uqasha Senrose sekali lagi telah menjadi ‘bahan’ serta kecaman netizen di media sosial akibat berkongsikan gambar dirinya di media sosial.

Difahamkan, netizen terpanggil untuk memberikan kecaman terhadap gambar tersebut kerana didakwa telah memakai solekan yang keterlaluan.

[Jom Ikuti Instagram Kami]
[KLIK DI SINI]

Ekoran daripada solekan tersebut, ia telah mengubah rupa paras asli pelakon ini berbanding wajah sebenarnya yang dilihat lebih manis.

[Jom Sertai Group Telegram Kami]
[Klik DI SINI]

Uqasha yang turut menulis kapsyen di Instagram ”Terus menyebarkan positif ke mana sahaja anda pergi. Selamat pagi dan selamat bekerja”.

Selain itu, Uqasha Senrose atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, menjadi ‘bahan’ gurauan oleh netizen di media sosial kerana mereka telah menyamakan pelakon ini dengan seorang usahawan kosmetik iaitu Nur Sajat.

View this post on Instagram

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Menjengah diruangan komen hantaran berkenaan, rata-rata telah memberikan komen yang mengecam solekan pada wajahnya itu.

“Sekali imbas macam Sajat

“Maaf ingatkan Sajat tadi. Silap sebab tengok seimbas saja, tilik punya tilik baru dapat kesan Uqasha

[Jom like & follow Facebook kami]
[Klik DI SINI]

“Siapa la MUA dia ni, sampai hati makeup begini, ada iras-iras Sajat @ Bella hmmm

“bedak 1 kilo memang lawa lah cuba tak ada bedak,” komen netizen.