PETALING JAYA : Pernah berdepan kecaman daripada segelintir kumpulan ‘haters’, kumpulan Dolla tampil dengan single berjudul Berani untuk mengangkat golongan wanita.

Tidak menujukan secara langsung kepada kumpulan ‘haters’, Berani menjadi pemangkin untuk menyebarkan aura positif kepada golongan wanita yang berdepan dugaan dan cabaran hidup. 

[Jom Ikuti Instagram Kami]
[KLIK DI SINI]

“Apabila berbicara soal ini, saya sedikit emosi kerana pernah berdepan kecaman teruk sehingga menerima ugutan bunuh. Lagu Berani tidak ditujukan secara langsung kepada ‘haters’ di luar sana.

“Namun ada bait-bait lagu yang menjadi kegemaran saya seperti walau apa yang terjadi, saya tetap mempunyai rakan-rakan (my girls). Sekali gus menjadi penguat semangat saya apabila berdepan perkara begini.

“Saya lebih matang berdepan dengan komen dan kecaman begini. Ia menjadikan saya lebih kuat biarpun masih baru dalam industri seni,” ujar Syasya mewakili kumpulan Dolla. 

[Jom Sertai Group Telegram Kami]
[Klik DI SINI]

Dolla yang dianggotai Sabronzo, Tabby, Syasya dan Angel mendedikasikan lagu Berani khas buat peminat yang sentiasa menyokong perjalanan kerjaya mereka. 

Kelmarin, Dolla berkongsi berita gembira apabila mereka menjadi artis ketiga dari Malaysia selepas Yuna dan Layla Sania yang dipilih muncul di papan iklan digital tersohor di Times Square, New York, Amerika Syarikat bagi kempen EQUAL oleh pelantar penstriman digital tersohor dunia, Spotify.

Selain melancarkan single baharu, Dolla juga menerima penghargaan Anugerah Platinum untuk Penjualan Single Terbaik (Best Selling Single), Impikan yang hingga kini sudah distrim lebih 200,000 oleh penggemar muzik masa kini.

Selain single Impikan, Dolla sudah muncul dengan beberapa lagu iaitu Makes You Wanna, Watch Me Glow dan Raya Raya Raya yang dilancarkan bagi sambutan Aidilfitri pada awal Mei lalu.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *