PETALING JAYA : Tidak mahu karya nyanyian Blues Gang yang berjudul Khatulistiwa terkubur begitu saja, kumpulan Pitahati mengambil inisiatif memberi nafas baru terhadap lagu yang popular sekitar tahun 80an itu.

Menyuntik elemen segar untuk lagu berkenaan, lebih istimewa apabila mereka turut menampilkan kolaborasi bersama penyanyi asal Blues Gang iaitu Ito.

[Jom Ikuti Instagram Kami]
[KLIK DI SINI]

Ilham selaku penulis lirik utama di dalam Pitahati bersama-sama mencapai persetujuan dengan Ito meminta kebenaran untuk menggubah beberapa buah lagu.

[Jom Sertai Group Telegram Kami]
[Klik DI SINI]

“Kami masih memelihara ‘rasa’ yang sama pada lagu yang dibikin sekitar tahun 1983 ini. Malah, ketika kami ‘cover’ lagu ini pun kita tidak mahu hilangkan keaslian rasa tu.

“Itulah yang paling dititikberatkan ketika merakamkan lagu cover sebelum ini. Kalau banyak perubahan, ia akan membuatkan keaslian lagu itu hilang.

“Ini adalah satu kesempatan buat Pitahati untuk memberi penghormatana pada Blues Gang,” Ilham. 

Mereka juga menjelaskan sewaktu membuat pemilihan playlist lagu-lagu dari kugiran-kugiran tempatan yang menjadi inspirasi karya-karya Pitahati, mereka mencari karya dengan aroma ala-ala “county road” tapi versi Malaysia.

Selain itu nafas lagu Khatulistiwa ini seperti ada sentuhan magis apabila pada tahun ini sekali lagi diberi peluang untuk dijadikan sebuah lagu tema reunion pelajar-pelajar Sekolah Tengku Abdul Rahman (STAROBW), Ipoh.

Sebagai bonus, mereka juga menghasilkan sebuah muzik video yang berkonsepkan santai berinspirasikan tema sebuah kehidupan masyarakat yang berbilang bangsa dan kaum.

Pitahati, Ito Blues Gang dan team penggambaran Motion Scientist memilih negeri Ipoh sebagai lokasi utama seperti kawasan-kawasan santai rakyat berbilang kaum seperti di Old Town Ipoh, Concubine Lane, Stesen Keretapi, Pasar Loken, Padang Ipoh, Restoran New Hollywood, Super Kinta, Stesen Bas Medan Kid, dan sempat juga singgah ke Sarang Art Hub, Tanjung Malim.

[Jom like & follow Facebook kami]
[Klik DI SINI]

Perjalanan ini amat bermakna apabila memperlihatkan dua generasi yang berbeza namun bekerjasama dengan penuh komitmen. Selain bekerja, Ito juga tidak kering mencurahkan nasihat dan pengalaman kepada semua.

Terakhirnya, Ito menyampaikan rasa suka cita terhadap inisiatif generasi baharu mengembalikan dan memastikan karya karya lama terus hidup dalam masa kini.

“Saya amat berbesar hati dan berharap lagu versi baru ini boleh memberi semangat buat kali kedua kepada seluruh rakyat Malaysia”, kata Ito Blues Gang.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *