*:not(.wp-block-quote):not(.alignwide):not(.td-a-ad){ margin-left: auto; margin-right: auto; }.tdb_single_content a{ pointer-events: auto; }.tdb_single_content .td-spot-id-top_ad .tdc-placeholder-title:before{ content: ‘Article Top Ad’ !important; }.tdb_single_content .td-spot-id-inline_ad0 .tdc-placeholder-title:before{ content: ‘Article Inline Ad 1’ !important; }.tdb_single_content .td-spot-id-inline_ad1 .tdc-placeholder-title:before{ content: ‘Article Inline Ad 2’ !important; }.tdb_single_content .td-spot-id-inline_ad2 .tdc-placeholder-title:before{ content: ‘Article Inline Ad 3’ !important; }.tdb_single_content .td-spot-id-bottom_ad .tdc-placeholder-title:before{ content: ‘Article Bottom Ad’ !important; }.tdb_single_content .id_top_ad, .tdb_single_content .id_bottom_ad{ clear: both; margin-bottom: 21px; text-align: center; }.tdb_single_content .id_top_ad img, .tdb_single_content .id_bottom_ad img{ margin-bottom: 0; }.tdb_single_content .id_top_ad .adsbygoogle, .tdb_single_content .id_bottom_ad .adsbygoogle{ position: relative; }.tdb_single_content .id_ad_content-horiz-left, .tdb_single_content .id_ad_content-horiz-right, .tdb_single_content .id_ad_content-horiz-center{ margin-bottom: 15px; }.tdb_single_content .id_ad_content-horiz-left img, .tdb_single_content .id_ad_content-horiz-right img, .tdb_single_content .id_ad_content-horiz-center img{ margin-bottom: 0; }.tdb_single_content .id_ad_content-horiz-center{ text-align: center; }.tdb_single_content .id_ad_content-horiz-center img{ margin-right: auto; margin-left: auto; }.tdb_single_content .id_ad_content-horiz-left{ float: left; margin-top: 9px; margin-right: 21px; }.tdb_single_content .id_ad_content-horiz-right{ float: right; margin-top: 6px; margin-left: 21px; }.tdb_single_content .tdc-a-ad .tdc-placeholder-title{ width: 300px; height: 250px; }.tdb_single_content .tdc-a-ad .tdc-placeholder-title:before{ position: absolute; top: 50%; -webkit-transform: translateY(-50%); transform: translateY(-50%); margin: auto; display: table; width: 100%; }.tdi_20, .tdi_20 > p, .tdi_20 .tdb-block-inner > p{ font-family:Fira Sans !important;font-size:18px !important;line-height:2 !important;font-weight:400 !important; }.tdi_20 h1{ font-family:Fira Sans !important;font-style:italic !important; }.tdi_20 h2{ font-family:Fira Sans !important;font-style:italic !important; }.tdi_20 h3:not(.tds-locker-title){ font-family:Fira Sans !important;font-style:italic !important; }.tdi_20 h4{ font-family:Fira Sans !important;font-style:italic !important; }.tdi_20 h5{ font-family:Fira Sans !important;font-style:italic !important; }.tdi_20 h6{ font-family:Fira Sans !important;font-style:italic !important; }.tdi_20 li{ font-family:Fira Sans !important;font-size:16px !important;line-height:2 !important; }.tdi_20 li:before{ margin-top: 1px; line-height: 32px !important; }.tdi_20 .tdb-block-inner blockquote p{ font-family:Fira Sans !important;font-size:48px !important;line-height:1.4 !important;font-style:italic !important;font-weight:600 !important;text-transform:none !important;letter-spacing:-1px !important; color: #222222; }.tdi_20,.tdi_20 p{ color: #444444; }.tdi_20 h1,.tdi_20 h2,.tdi_20 h3:not(.tds-locker-title),.tdi_20 h4,.tdi_20 h5,.tdi_20 h6{ color: #222222; }@media (max-width: 767px) { .tdb_single_content .id_ad_content-horiz-left, .tdb_single_content .id_ad_content-horiz-right, .tdb_single_content .id_ad_content-horiz-center { margin: 0 auto 26px auto; } }@media (max-width: 767px) { .tdb_single_content .id_ad_content-horiz-left { margin-right: 0; } }@media (max-width: 767px) { .tdb_single_content .id_ad_content-horiz-right { margin-left: 0; } }@media (max-width: 767px) { .tdb_single_content .td-a-ad { float: none; text-align: center; } .tdb_single_content .td-a-ad img { margin-right: auto; margin-left: auto; } .tdb_single_content .tdc-a-ad { float: none; } }@media print { .single .td-header-template-wrap, .single .td-footer-template-wrap, .single .td_block_wrap:not(.tdb_breadcrumbs):not(.tdb_single_categories):not(.tdb-single-title):not(.tdb_single_author):not(.tdb_single_date ):not(.tdb_single_comments_count ):not(.tdb_single_post_views):not(.tdb_single_featured_image):not(.tdb_single_content) { display: none; } .single.td-animation-stack-type0 .post img { opacity: 1 !important; } }/* portrait */@media (min-width: 768px) and (max-width: 1018px){.tdi_20, .tdi_20 > p, .tdi_20 .tdb-block-inner > p{ font-family:Fira Sans !important;font-size:14px !important;line-height:2 !important;font-weight:400 !important; }.tdi_20 li{ font-family:Fira Sans !important;font-size:14px !important;line-height:2 !important; }.tdi_20 li:before{ margin-top: 1px; line-height: 28px !important; }.tdi_20 .tdb-block-inner blockquote p{ font-family:Fira Sans !important;font-size:28px !important;line-height:1.4 !important;font-style:italic !important;font-weight:600 !important;text-transform:none !important;letter-spacing:-1px !important; }}/* phone */@media (max-width: 767px){.tdi_20, .tdi_20 > p, .tdi_20 .tdb-block-inner > p{ font-family:Fira Sans !important;font-size:14px !important;line-height:2 !important;font-weight:400 !important; }.tdi_20 li{ font-family:Fira Sans !important;font-size:13px !important;line-height:2 !important; }.tdi_20 li:before{ margin-top: 1px; line-height: 26px !important; }.tdi_20 .tdb-block-inner blockquote p{ font-family:Fira Sans !important;font-size:24px !important;line-height:1.4 !important;font-style:italic !important;font-weight:600 !important;text-transform:none !important;letter-spacing:-1px !important; }}]]>

Oleh Haliza Ahmad

Persoalan mengenai hidup selepas mati dan alam baqa menjadikan filem indie ‘Mentega Terbang’ satu karya yang mencabar dan kontroversi.

[Jom Ikuti Instagram Kami]
[KLIK DI SINI]

Ia cubaan berani penulis dan pengarah Khairi Anwar Jailani, 29, untuk merungkai persoalan kepelbagaian agama dan kepercayaan di Malaysia.

[Jom Sertai Group Telegram Kami]
[Klik DI SINI]

Mentega Terbang cubaan berani penulis dan pengarah Khairi untuk merungkai persoalan kepelbagaian agama dan kepercayaan di Malaysia.

“Memang ia tindakan berani, tetapi kita juga harus mengambil kira situasi ‘nyata’ atau ‘realistik’ sebagai key point.

“Kecenderungan saya untuk bercerita selalunya berkisar kisah benar, hal yang berkait dengan masyarakat, terutama rakyat Malaysia,” jelas Khairi yang juga pengasas Anomalist Production.

Khairi berkata dia sedar bahawa setiap kali kita menyentuh mengenai agama di Malaysia, ia mungkin menimbulkan kegelisahan kepada sesetengah pihak.

“Puncanya kerana sikap ‘terlalu melindungi’, atau ingin menegakkan ‘unsur suci’ agama itu, tetapi itu tidak bermakna bahawa kita harus berhenti membicarakannya secara terbuka,” katanya.

“Sebagai seorang Islam, agama saya mendorong saya untuk mengenali mereka dari pelbagai bangsa dan agama. Oleh itu saya berasa perlu ada satu perbualan yang sihat mengenai comparative religion di kalangan rakyat Malaysia dari semua peringkat umur. Kata kuncinya ialah nyata,” katanya.

[Jom like & follow Facebook kami]
[Klik DI SINI]

Tayangan tertutup ‘Mentega Terbang’ yang diadakan baru-baru ini selama dua hari ‘sold out’ dan forum bersama kru produksi selepas tayangan filem ini mendapat sambutan yang baik daripada penonton.

Menurut Khairi antara soalan diajukan oleh penonton adalah mengenai pemilihan tajuk filem itu yang kontroversi,  unsur sentuhan dan pengaruh Allahyarham Yasmin Ahmad dalam filem itu dan mengapa ‘Mentega Terbang’ tidak ditayangkan atas talian.

Private screening yang diadakan selama dua hari telah sold out.

‘Mentega Terbang’ mengisahkan seorang pelajar sekolah menengah, Aisyah yang mencari jawapan kepada persoalan mengenai apa yang berlaku selepas kematian, syurga, neraka dan kebenaran.

Keresahan dan kesungguhan Aisyah untuk mencari jawapan kepada persoalan ini didorong oleh keadaan ibunya, Jamhariah yang mengalami barah pankreas tahap kritikal.  Ayahnya, Jailani yang berfikiran liberal juga memberi kebebasan kepada pelajar berusia 15 tahun ini untuk terus mencari jawapan kepada persoalan yang bermain di mindanya.

Barisan pelakon ‘Mentega Terbang’ terdiri daripada Syuma Salihin sebagai Aisyah, Firdaus Karim (Jailani) Nik Waheeda (Jamhariah), Arjun Thanaraju (Suresh) Shyamala Kandapper (Esther), Khairunazwan Rodzy (Kassim) dan Jesebel Lee (rakan kelas Suresh).

[Tweet Bersama Kami]
[KLIK DI SINI]

Apakah mesej di sebalik persoalan mengenai kehidupan selepas mati, syurga, neraka dan kebenaran yang ingin disampaikan melalui filem ini?

Khairi menjelaskan bahawa pertama, filem ini ingin mengajak penonton untuk menemukan ketenangan diri dalam apa juga agama mereka. Tidak sekadar memeluknya, tetapi mengenali agama mereka melalui perbincangan, debat, mengupas persoalan dan melaksanakan amalannya.

[Kongsikan Dengan Kami Di Tiktok]
[Klik Di Sini]

Aisyah bersama ibu dan ayahnya yang memberi kebebasan kepada pelajar berusia 15 tahun ini untuk terus mencari jawapan kepada persoalan yang bermain di mindanya.

“Keduanya, selepas mereka mencapai ketenangan jiwa, kami beharap mereka boleh menghormati agama orang lain. Ia bukan setakat memberi orang lain kebebasan mengamalkan agama berbeza tetapi mereka harus sedia saling bergaul, bersama meraikan perayaan dan hidup aman sebagai jiran tetangga, ” kata Khairi.

Produser Tan Meng Kheng, 34, dari Meng Kheng Entertainment menyifatkan ‘Mentega Terbang’ sebagai sebuah filem yang memberi inspirasi kepada masyarakat untuk bersikap lebih terbuka  membincangkan hal agama.

“Saya berpendapat ramai berdepan persoalan – mengapa kita tidak boleh mengadakan perbincangan yang terbuka mengenai agama  kepercayaan orang lain dengan lebih bersahaja seperti ianya satu topik perbualan semasa makan malam atau makan tengah hari?,” kata Tan.

“Kita seharusnya lebih bebas untuk menyuarakan pendapat dan tidak bermakna perbezaan kepercayaan itu mesti disambut dengan perbalahan, sebaliknya kita harus menghormati pandangan orang lain,” tambahnya.

“Kita hidup dalam budaya ketakutan.  Terlalu takut jika orang tidak sependapat dengan kita sehingga kita tidak boleh memberi ruang kepada mereka untuk menyuarakan pandangan mereka,” katanya.

Menurut Tan ‘Mentega Terbang’ adalah idea asal Khairi yang lama disimpan dan beliau hanya menunggu peluang yang sesuai untuk menceritakannya di layar.

“Kebetulan saya pun mempunyai idea dan persoalan yang sama untuk dikongsi,” kata Tan ketika menjelaskan kerjasama di antara Anomalist Production dan Meng Kheng Entertainment bermula sejak Jun 2020.

Suresh dan Aisyah membincangkan tentang kepercayaan

Khairi bukanlah nama yang asing di kalangan peminat teater. Beliau sinonim dengan isu-isu dalam konteks masyarakat Malaysia kontemporari. Antara karya beliau yang awal  ialah ‘Skrip untuk Ali’ dan ‘Teater Bangsa: Anak Kecil Main Api’, yang memenangi Audience’s Choice Award di BOH Cameronian Arts Award Ke-13 dan diikuti  ‘HOME’ yang dipentaskan di Singapura pada 2016, hasil karya bersama Nell Hanan dan IQ.Rock (2018).

Khairi juga bergabung dengan penyair Jamal Raslan dalam POHLITHIK pada 2019 yang menceritakan kekuatan pergerakan pelajar di Malaysia. Karya-karya yang lain termasuklah ‘Colourful’,  ‘Ralat The Musical’ dan ’24 Jam Dalam 37 Tahun’.

Sebagai seorang yang cenderung kepada karya-karya experimental dan provokatif tidak hairanlah jika ‘Mentega Terbang’ karya asal dan arahan Khairi ini berani menjentik isu yang sensitif dan kontroversial.

Nota: Gambar adalah koleksi Anomalist Production & Meng Kheng Entertainment

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *