PETALING JAYA : Bukan sahaja mempertaruhkan muzik dibawa, empat anak muda yang bergerak dalam band dikenali sebagai Insomniacks ini turut mengetengahkan bakat sebagai komposer dan penulis lirik.

Tanpa disedari, sudah enam tahun pembabitan mereka sebagai pemuzik. Sepanjang tempoh itu, Insomniacks sudah menghasilkan dua single dan satu album EP yang memuatkan lima lagu.

[Jom Ikuti Instagram Kami]
[KLIK DI SINI]

Mula bertapak menerusi syarikat rakaman Sony Music, ‘jodoh’ mereka dengan syarikat rakaman itu tidak panjang apabila kontrak tamat awal tahun ini selepas empat tahun bersama. 

[Jom Sertai Group Telegram Kami]
[Klik DI SINI]

Namun, bakat besar dimiliki kesemua anggota Insomniacks iaitu Wan Arif Iskandar Adnan(Iskandar) selaku pemain bass, Syed Mir Iqbal Syed Adeli(Iqie) vokalis dan gitar utama; Ahmad Danial Ahmad Roslan (Danial) gitar ritma; dan Gavin Wong (Gavin) dram terus disambar syarikat rakaman Universal Music Malaysia sejak Mac lalu.

Wan Arif Iskandar yang mewakili Insomniacks berkata, tawaran diterima syarikat rakaman Universal Music Malaysia itu satu penghormatan buat mereka.

“Sejujurnya, kami berasa bangga selain menyifatkan ia satu penghormatan apabila mendapat tawaran daripada pihak Universal Music. Umum mengetahui, mereka mempunyai kredibiliti yang baik, berpengalaman luas serta mempunyai ramai artis berbakat dan dikenali.

“Dalam masa sama, tawaran yang datang juga disertakan dengan pelbagai perancangan yang menarik untuk masa depan band kami. Jadi, kami berasakan ia bagus untuk jenama dan kerjaya muzik kami pada masa akan datang.

“Paling penting, tawaran mereka itu juga adalah sesuatu yang kami mahukan selama ini terutama dari segi penghasilan lagu. Pendek kata, kami yakin berada di bawah syarikat rakaman ini,” katanya.

Menurut Iskandar, kontrak itu akan dimanfaatkan sebaik mungkin di mana sebagai permulaan Insomniacks merancang untuk melancarkan tiga lagu sebelum penghujung tahun ini.

“Disebabkan selepas kami menandatangani kontrak bersama Universal Music kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, jadi banyak perancangan tergendala.

“Jadi, apabila aktiviti seni dan hiburan dibenar beroperasi, Insya-Allah, kami merancang untuk melancarkan sekurang-kurangnya tiga single tahun ini.

[Jom like & follow Facebook kami]
[Klik DI SINI]

“Ia terdiri daripada dua lagu versi rakaman semula Pulang dan Reminisensi, selepas itu menyusul single baru. Hala tuju muzik untuk lagu baru ini nanti tak berbeza dengan kebanyakan single yang pernah dilancarkan.

“Cuma, dari segi bunyi mungkin ada kelainan sedikit kerana kami mahu ia kedengaran lebih ‘matang’. Genre pula sama iaitu rock kerana kami masih tak puas dengan muzik sebelum ini,” katanya.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *