*:not(.wp-block-quote):not(.alignwide):not(.td-a-ad){ margin-left: auto; margin-right: auto; }.tdb_single_content a{ pointer-events: auto; }.tdb_single_content .td-spot-id-top_ad .tdc-placeholder-title:before{ content: ‘Article Top Ad’ !important; }.tdb_single_content .td-spot-id-inline_ad0 .tdc-placeholder-title:before{ content: ‘Article Inline Ad 1’ !important; }.tdb_single_content .td-spot-id-inline_ad1 .tdc-placeholder-title:before{ content: ‘Article Inline Ad 2’ !important; }.tdb_single_content .td-spot-id-inline_ad2 .tdc-placeholder-title:before{ content: ‘Article Inline Ad 3’ !important; }.tdb_single_content .td-spot-id-bottom_ad .tdc-placeholder-title:before{ content: ‘Article Bottom Ad’ !important; }.tdb_single_content .id_top_ad, .tdb_single_content .id_bottom_ad{ clear: both; margin-bottom: 21px; text-align: center; }.tdb_single_content .id_top_ad img, .tdb_single_content .id_bottom_ad img{ margin-bottom: 0; }.tdb_single_content .id_top_ad .adsbygoogle, .tdb_single_content .id_bottom_ad .adsbygoogle{ position: relative; }.tdb_single_content .id_ad_content-horiz-left, .tdb_single_content .id_ad_content-horiz-right, .tdb_single_content .id_ad_content-horiz-center{ margin-bottom: 15px; }.tdb_single_content .id_ad_content-horiz-left img, .tdb_single_content .id_ad_content-horiz-right img, .tdb_single_content .id_ad_content-horiz-center img{ margin-bottom: 0; }.tdb_single_content .id_ad_content-horiz-center{ text-align: center; }.tdb_single_content .id_ad_content-horiz-center img{ margin-right: auto; margin-left: auto; }.tdb_single_content .id_ad_content-horiz-left{ float: left; margin-top: 9px; margin-right: 21px; }.tdb_single_content .id_ad_content-horiz-right{ float: right; margin-top: 6px; margin-left: 21px; }.tdb_single_content .tdc-a-ad .tdc-placeholder-title{ width: 300px; height: 250px; }.tdb_single_content .tdc-a-ad .tdc-placeholder-title:before{ position: absolute; top: 50%; -webkit-transform: translateY(-50%); transform: translateY(-50%); margin: auto; display: table; width: 100%; }.tdi_20, .tdi_20 > p, .tdi_20 .tdb-block-inner > p{ font-family:Fira Sans !important;font-size:18px !important;line-height:2 !important;font-weight:400 !important; }.tdi_20 h1{ font-family:Fira Sans !important;font-style:italic !important; }.tdi_20 h2{ font-family:Fira Sans !important;font-style:italic !important; }.tdi_20 h3{ font-family:Fira Sans !important;font-style:italic !important; }.tdi_20 h4{ font-family:Fira Sans !important;font-style:italic !important; }.tdi_20 h5{ font-family:Fira Sans !important;font-style:italic !important; }.tdi_20 h6{ font-family:Fira Sans !important;font-style:italic !important; }.tdi_20 li{ font-family:Fira Sans !important;font-size:16px !important;line-height:2 !important; }.tdi_20 li:before{ margin-top: 1px; line-height: 32px !important; }.tdi_20 .tdb-block-inner blockquote p{ font-family:Fira Sans !important;font-size:48px !important;line-height:1.4 !important;font-style:italic !important;font-weight:600 !important;text-transform:none !important;letter-spacing:-1px !important; color: #222222; }.tdi_20,.tdi_20 p{ color: #444444; }.tdi_20 h1,.tdi_20 h2,.tdi_20 h3,.tdi_20 h4,.tdi_20 h5,.tdi_20 h6{ color: #222222; }@media (max-width: 767px) { .tdb_single_content .id_ad_content-horiz-left, .tdb_single_content .id_ad_content-horiz-right, .tdb_single_content .id_ad_content-horiz-center { margin: 0 auto 26px auto; } }@media (max-width: 767px) { .tdb_single_content .id_ad_content-horiz-left { margin-right: 0; } }@media (max-width: 767px) { .tdb_single_content .id_ad_content-horiz-right { margin-left: 0; } }@media (max-width: 767px) { .tdb_single_content .td-a-ad { float: none; text-align: center; } .tdb_single_content .td-a-ad img { margin-right: auto; margin-left: auto; } .tdb_single_content .tdc-a-ad { float: none; } }@media print { .single .td-header-template-wrap, .single .td-footer-template-wrap, .single .td_block_wrap:not(.tdb_breadcrumbs):not(.tdb_single_categories):not(.tdb-single-title):not(.tdb_single_author):not(.tdb_single_date ):not(.tdb_single_comments_count ):not(.tdb_single_post_views):not(.tdb_single_featured_image):not(.tdb_single_content) { display: none; } .single.td-animation-stack-type0 .post img { opacity: 1 !important; } }/* portrait */@media (min-width: 768px) and (max-width: 1018px){.tdi_20, .tdi_20 > p, .tdi_20 .tdb-block-inner > p{ font-family:Fira Sans !important;font-size:14px !important;line-height:2 !important;font-weight:400 !important; }.tdi_20 li{ font-family:Fira Sans !important;font-size:14px !important;line-height:2 !important; }.tdi_20 li:before{ margin-top: 1px; line-height: 28px !important; }.tdi_20 .tdb-block-inner blockquote p{ font-family:Fira Sans !important;font-size:28px !important;line-height:1.4 !important;font-style:italic !important;font-weight:600 !important;text-transform:none !important;letter-spacing:-1px !important; }}/* phone */@media (max-width: 767px){.tdi_20, .tdi_20 > p, .tdi_20 .tdb-block-inner > p{ font-family:Fira Sans !important;font-size:14px !important;line-height:2 !important;font-weight:400 !important; }.tdi_20 li{ font-family:Fira Sans !important;font-size:13px !important;line-height:2 !important; }.tdi_20 li:before{ margin-top: 1px; line-height: 26px !important; }.tdi_20 .tdb-block-inner blockquote p{ font-family:Fira Sans !important;font-size:24px !important;line-height:1.4 !important;font-style:italic !important;font-weight:600 !important;text-transform:none !important;letter-spacing:-1px !important; }}]]>

JIKA dulu kita sering dengar pencuri di pasaraya akan ditangkap mencuri pelbagai peralatan yang mahal seperti barangan elektronik dan aksesori yang mahal, kini kerana pandemik COVID-19 melanda, perkara berkenaan amat jarang berlaku malah situasi ini kini terbalik.

Menurut Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Wira (Dr) Ameer Ali Mydin lain pula ceritanya. Kata taukeh Mydin itu, sejak pandemik COVID-19 melanda menyebabkan rakyat terjejas pendapatan mereka malah ada yang turut sanggup melakukan jenayah seperti mencuri di beberapa cawangan Mydin.

Sesuatu yang amat menyedihkan apabila Taukeh Mydin itu mengatakan ramai terlibat dalam kes mencuri bahan-bahan makanan seperti ikan dan sayur. Sesuatu yang terbalik dari situasi yang berlaku sebelum ini.

Pendedahan ini juga membuktikan dengan jelas betapa rakyat am yang susah makin perit hidup mereka, mereka memerlukan bantuan dan bantuan itu perlulah datang hati bukannya nafsu atau sebab tertentu seperti publisiti atau kepentingan politik semata-mata.

[Jom Ikuti Instagram Kami]
[KLIK DI SINI]

“Kes kecurian di Mydin kini bertambah, tapi mereka tidak mencuri barang bernilai tinggi.

[Jom Sertai Group Telegram Kami]
[Klik DI SINI]

“Jika dulu mereka mencuri tv, pembesar suara, kerana mereka nak jual barangan tersebut.

“Tapi sekarang mereka mencuri ikan kembong dan sayur, ini sangat menyedihkan, dan saya terpaksa menangkap mereka,” katanya.

Gambar hiasan – Pelanggan membeli barang keperluan di Mydin

Menurut Ameer, kebanyakkan penerima bakul makanan menerima beras, gula dan tepung tetapi tidak sayur dan ikan. Beliau turut mempersoal bagaimana hendak dimasak barangan ini jika penerimanya orang susah.

[Jom like & follow Facebook kami]
[Klik DI SINI]

“Jualan mi segera melonjok tinggi, adakah mereka malas untuk masak? Tidak… ini kerana mereka tidak mampu untuk membeli.

Mi segera adalah (pilihan) cara termurah untuk kenyangkan perut. Adakah kita mahu rakyat kita isi perut mereka dengan cara ini? ini sangat menyedihkan, tegasnya lagi.

[Tweet Bersama Kami]
[KLIK DI SINI]

Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin berkata demikian semasa menjadi panel dalam sidang media anjuran Industries Unite (IU) iaitu gabungan 115 persatuan, institusi dan badan perdagangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia.

Perlu strategi dan naratif baru

[Kongsikan Dengan Kami Di Tiktok]
[Klik Di Sini]

Biarpun kerajaan telah mengumumkan PEMULIH, namun masih terdapat ramai golongan masyarakat yang tidak dapat menikmati pakej bantuan tersebut.

Inisiatif bendera putih yang dilakukan rakyat untuk rakyat juga merupakan satu langkah positif bagi membantu kerajaan, NGO dan mereka yang ingin membantu mereka yang terdesak pada waktu dan ketika ini. Namun ianya hanya solusi jangka pendek yang boleh digunakan.

Antara rumah yang mengibarkan bendera putih

Tindakan lockdown mungkin dilihat sebagai satu jalan terbaik buat masa ini kerana dengan menghadkan pergerakan rakyat, sehingga rantaian COVID-19 dapat diputuskan. Tindakan ini dilakukan oleh hampir semua negara di dunia bagi mengawal dan menurunkan tetapi lama kelama-lamaan rakyat akan meluahkan tidak kepuasan hati mereka seperti yang berlaku sekarang. Namun satu naratif dan strategi yang baru juga diperlukan dengan segera.

Memang banyak pusat dan tempat yang menyediakan pertolongan dan bantuan untuk mendapatkan bahan makanan dan keperluan yang mendesak, dengan mengibarkan bendera putih, menyediakan gerai yang membawa berbagai-bagai lambang, dan kedai atau gerai makan tertentu yang menyediakan makanan dan minuman yang disediakan oleh para pelanggan yang bermurah hati, dan cara-cara lain lagi.

Kita haruslah memikirkan tentang pengajaran dan pengalaman yang kita lalui sekarang, kerana di sebalik dugaan besar yang kita alami, akan hadir hikmahnya untuk masa depan kita dan generasi yang akan datang.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *