PETALING JAYA : Keterbukaan Raf Yaakob untuk mengikuti program dakwah dan pengajian agama anjuran pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew selama tiga hari membuatkan pelakon, Mawar Rashid sebak.

Mawar menitiskan air mata kegembiraan apabila suaminya terbuka hati untuk mengikuti program keagamaan itu. 

[Jom Ikuti Instagram Kami]
[KLIK DI SINI]

“Sebelum ini Raf ada dipanggil ke rumah Ustaz Ebit Lew untuk mengikuti program bantuan serta dalam masa yang sama untuk belajar mengenai agama. Semuanya berlaku secara kebetulan. 

“Saya cakap dengan Raf, ini memang doa saya. Saya suka suami pergi berdakwah, saya ada impian mahu suami beri tazkirah, ajar agama dan berdoa untuk kami sekeluarga selepas solat.

[Jom Sertai Group Telegram Kami]
[Klik DI SINI]

“Saya memang nak sangat dia pergi supaya boleh ajar kami sekeluarga dengan agama… semalam saya rasa sebak sampai tak boleh tidur, rasa sayu macam Allah dengar doa Mawar,” ujarnya.

Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata bernama Raden Muhammad Rafael, 2, dan Raden Seri Rosabella Cinta yang berusia setahun.

Raf juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan, 10 dan Raden Seri Raysaa Chanela, 6.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *